Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Jumaat, Oktober 10

Lantang Bukan Untuk Dikompang


Akhirnya Sahibul Samahah Dr.Mohd Asri Zainul Abidin mengumumkan bahawa dia akan berundur diri dari jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Mungkin pengundurannya tidak dikisahkan oleh media seperti mana berundurnya Pak Lah, atau mungkin ada juga yang menyambut dengan suka.

Namun...a big question mark?
Apakah maksud di sebalik kenyataan Dr Maza ini :

"‘Permainan silap mata politik’ adalah perkara yang biasa berlaku dalam negara ini, namun maksud tersebut tercapai dengan mudah kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk berhenti. "

Sila baca penuh Isu Perletakkan Jawatan Mufti Perlis - Satu Penjelasan

Juga baca puisi DR.Maza ini dengan cermat...
Salah Menduga
(Sila klik pada gambar untuk besarkan)

Sumber : Web Dr.Maza

Pasti anda bisa menghidu sesuatu bukan?
Tidaklah begitu kecewa dengan pengunduran beliau kerana saya yakin, walau pun tak berjawatan Mufti, Dr. Maza akan tetap menyumbangkan ilmunya untuk umah. Muqreez mengikuti perkembangan beliau sejak belum dilantik menjadi Mufti lagi. Yang rugi adalah orang Perlis secara lansung barangkali.

Sebagai warganegara ops..warga Perlis, perubahan yang ketara dilihat di Perlis terutama dalam pengisian di Masjid. Kuliah-kuliah Dr. Maza di masjid-masjid sentiasa penuh dengan orang. Khutbah Jumaat untuk masjid-masjid di negeri Perlis nampak lebih berisi dan terarah juga relevan. Cuma kadang-kadang kelemahan khatib menyebabkan mesej sukar difahami.

Pemahaman yang jelas dikembangkan, kalau dulu orang Perlis disibukkan dengan perkara khilaf, namun kini mereka di ajar untuk memahami prioriti dan mencintai ilmu. Sehingga kadang-kadang dulu, pelik juga Muqreez tengok orang yang mendakwa tak bermazhab, tapi taksub mereka dengan ustaz-ustaz tertentu di Perlis begitu kuat. Seruan Dr. Maza jelas..kembali kepada Quran dan Sunnah, tiada salahnya bermazhab tapi jangan taksub.Dr.Maza, in my humble opinion telah berjaya menghidupkan kembali tradisi ilmu di DarusSunnah. Jika dulu Perlis dihadiahkan dengan seorang tokoh pejuang Sunnah Ustaz Abu Bakar Ashari dari P.Pinang sehingga dinobatkan sebagai tokoh islah perlis , kini telah singgah seorang lagi seorang tokoh Islah di sini yang juga berasal dari P.Pinang.

Di peringkat nasional(tanpa merendahkan dan menafikan jasa dan sumbangan Mufti-Mufti lain di Malaysia),namakan saya Mufti yang berani memberi teguran kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang, artis dan media secara terbuka without fear and favour?

Namakan Mufti yang berani berkongsi platform dgn pemimpin pembangkang demi untuk tugas dakwah. Namakan Mufti sanggup menasihat UMNO dan pembangkang kerana amanah ilmunya?

Bukanlah Muqreez ini orang taksub kepada Dr.Maza.Ada juga pandangan beliau terhadap sesuatu isu yang dirasakan ada pandangan alim lain yang lebih baik. Tapi tak salah kita menyanjungi dan mengasihi orang yang berilmu dan war-warkan kebaikannya untuk teladan. (Bukan kerana dia pernah belajar sama kolej dengan Muqreez yer...)

" Kun 3aliman, aw muta3aliman aw mustami3an aw muhibban wa la takun khamisan..Fatahlik"

Maksud:Jadilah orang yang berilmu, atau penuntut ilmu atau pendengar ilmu atau pecinta ilmu dan jangan jadi kumpulan yang kelima (selain dari yang disebut)..maka binasalah kamu.

Ucapan selamat untuk Dr.Maza dalam melalui perjuangan selepas menjadi mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Ada peluang tak Dr.Maza dilantik sebagai Senator? at least ada juga tokoh agama bukan dari kalangan ahli politik dapat bersuara di Dewan Negara.

Nota untuk diri dan Dr.Maza :
'Fastaqim kama umirta'

Selingan :
Pernah sekali terserempak dgn Dr.Maza dan memberi salam kepadanya ketika tengah joging di Denai Larian Behor Temak :)...Siapa kata Ustaz-ustaz tak beriadah? kan2..

MAKA SIAPAKAH BAKAL MENJADI MUFTI PERLIS?

Nama-nama di bawah mungkin relevan...


Dato Dr Harun Din - Kemungkinan adalah tipis memandangkan dia adalah Timbalan Mursyidul Am PAS...walaupun in fact dia adalah anak jati Perlis. Dia pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis (Kurang pasti samada masih menjadi ahli atau tidak)

Dato Abu Hassan Din Al Hafiz - Dia adalah adik Dr Harun Din dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama di Istana Negara

Dato Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh - Beliau adalah tokoh yang disegani di Perlis, famous dengan panggilan Ustaz Mat Libya. Pernah disebut-sebut untuk menjadi Mufti Perlis sebelum Dr.Maza dilantik.Juga Ahli Jawatankuasa Negeri Perlis.

Dato Alim Panglima Mat Jahya Hj Hussain - Beliau adalah Mufti sebelum Dr.Maza. Mungkin dilantik semula jika tiada calon yang sesuai. Tetapi untuk rekod, beliau adalah besan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, mantan MB Perlis. Anak lelakinya adalah menantu YB DS Shahidan.

Professor Madya Doktor Mohd Radhi bin Othman - Beliau adalah seorang tokoh akademik Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Juga ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya - Beliau adalah seorang ustaz muda graduan lulusan Universiti Madinah dan namanya kian popular di Perlis. Untuk rekod, beliau adalah anak Mantan Mufti Perlis, Dato Alim Panglima Mat Jahya

Ustaz Mukmin Mukhtaruddin - Beliau juga adalah seorang ustaz muda graduan Universiti Madinah. Untuk rekod, graduan Universiti Madinah sememangnya dipandang tinggi di Perlis.

Ustaz Rasul Dahri & Ustaz Abdullah Yasin - kedua-dua tokoh yang berasal dari negara jiran ini juga ada pengikutnya di Perlis.

Ada lagi yang calon lain?

Nota : Ada kemungkinan kerajaan akan melantik seorang tokoh yang low profile dan lebih senior.....maka kita tunggu...
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

8 Comments:

Blogger myadlan said...

soal politik ni, dulu ada Shahidan Kasim akan memanjangkan kontrak Mufti Perlis. sy tak pasti soal ni sekadar dengar cakap2 raya jela.

tapi mungkin betul. apabila kerajaan dah bertukar, itulah percaturan politik.

Dr.MAZA juga sama universiti dgn saya.. hehe

Sabtu, Oktober 11, 2008 12:11:00 AM  
Blogger Muqreez said...

Kepada Adlan,

Mungkin juga ada benarnya, pemimpin baru ada cara dan rentak baru...Wallahualam

DR.MAZA sama kolej (sekolah menengah), juga universiti dgn saya..hehehhe

Sabtu, Oktober 11, 2008 12:24:00 AM  
Blogger nurilahi said...

er, baru tau saat baca entry ini.. :(

sajak itu penuh makna bagi yang membaca dgan mata hati..

moga ada khair nya inshaAllah

Sabtu, Oktober 11, 2008 1:53:00 AM  
Blogger Zul Hakim Zul Hasan said...

Sesekali terfikir: Jika diterima suatu idea/pandangan/keputusan kita; adakah kerana benarnya idea/pandangan/keputusan tersebut?; atau kerana sekadar orang lain mahu menjaga hati/meraikan/menyanjung kita lantaran besar/tinggi kedudukan kita?

Sabtu, Oktober 11, 2008 8:58:00 AM  
Blogger Muqreez said...

nurilahi,

sama-sama kita doakan yg terbaik untuk ummah.

Sabtu, Oktober 11, 2008 10:58:00 AM  
Blogger Muqreez said...

zul hakim,

Sesuatu kebenaran itu akan hanya dilihat benar oleh orang yang dikehendaki tuhan untuknya melihat kebenaran itu. Maka jika kebenaran itu haknya, dia akan melihat kebenaran itu dari mana dia datang...biarpun dari tempat yang tidak ia biasa datang...apa yang dilihat adalah substancenya bukan orang yang membawanya.

ada kata-kata bait syair,
Aku tidak menyampaikan kebenaran tetapi aku mengetuk hati untuk menerima kebenaran.

waamma tentang orang yang menerima kebenaran kerana ingin menjaga hati orang yang mulia, sebenarnya dia tidak tahu akan kebenaran itu dan hatinya tidak terbuka untuk kebenaran itu, yang melarat dihatinya adalah kemunafiakan dan hipokrasi...

Namun kadangkala, ada yang mnerima sesuatu kenyataan dari orang yang dipercayai dan menyandarkan kepadanya kenyataan itu untuk diambil sebagai kebenaran.

Ada juga,pada peringkat awalnya mungkin sekadar mengambil sebagai maklumat.Maklumat itu mungkin tidak diendahkan jika dinyatakan oleh orang sebarangan. Akhirnya menerima sebagai kebenaran tatkala melihat hujjahnya.

Sabtu, Oktober 11, 2008 11:11:00 AM  
Blogger Anuar Manshor said...

Tidak kisahlah sesiapapun yang dipilih. Moga-moga yang terpilih itu bukannya Pak Turut ataupun "kelabu mata" dengan material. Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil: itu yang 'wajib' dilakukan mereka.

Sabtu, Oktober 11, 2008 7:22:00 PM  
Blogger Muqreez said...

anuar manshor,

maknanya en anuar manshor kisahla juga siapa yang akan dilantik :)

Sabtu, Oktober 11, 2008 7:36:00 PM  

Catat Ulasan

<< Home