Kita Menunggu...Kerana Kita Manusia

Kenapa kita mesti menunggu??
Jawapannya kerana kita manusia, serba kekurangan dan penuh dengan kelemahan. Hampir semua yang dihajati tidak dapat diadakan pada masa yang dilantaran sifat kenaifan makhluk ini.
Kita menunggu kerna kita bukan Tuhan, Dia maha berkuasa mengadakan apa sahaja yang dikehendakinya, pada bila-bila masa sahaja yang diingininya. "kon faya koon"..."Jadi!...maka jadilah..."
Pasangan suami dan isteri menanti-nanti zuriat, kerana kuasa mengurniakan zuriat itu bukan di tangan mereka.
Seorang yang menantikan kedatangan temannya yang lewat, kerna tiadanya kudrat untuk mengawal pergerakan temannya.
Seorang Timbalan Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri, kerana masih tidak memiliki sokongan untuk mengatasi pemegang jawatan tertinggi itu. Namun untuk Tuhan, dia boleh sahaja menjadikan anak seorang hamba untuk menjadikannya sebagai Raja dan penguasa pada bila-bila masa sahaja.
Bangsa yang tertindas dijajah menanti untuk merdeka,kerna kekuatan mereka tiada setara atau melebihi penakluk.Sedang Tuhan berkuasa untuk memulia atau membinasa suatu kaum yang dikehendakinya.
Seorang pencinta menunggu cintanya dibalas, kerna dia tidak bisa untuk mengawal hati dan perasaan yang dicintainya, sedang yang dicintainya juga belum tentu dapat mengawal hatinya sendiri lantaran Tuhan lebih berkuasa ke atas hati-hati manusia.
Maka, kita menunggu kerana kita manusia.kita tiada pilihan,melainkan untuk menunggu..bersama sabar dan usaha sebagai petunjuk kita mendambainya, kemudian diserahkan semula kepada yang memiliki kuasa ke atas segala.
Penantian itu bukanlah penyeksaan, tapi sebahagian dari kehidupan manusia. Dan sememangnya kehidupan manusia itu adakala suka dan duka.
Lagu Selingan:
Warkah
Oleh: Bau
Lirik: Chot Bau/Bahri Uma
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
Nota Berkait:
لو تعرفوه لو يوم شفتوه كلموه عن ناس هينا بيحبوه"
وفكروه فاتني وبستناه وكمان بقى عرفوه مين فات حبيبه تاه
وابقوا اسالوه ازايه وازاي حاله في باله او مش في باله منساش هوانا وامانة كل الي تقال
" قولوه
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)








0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home