Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Rabu, Oktober 29

Kick Out Racism

Aku balik ke Perlis...Pusing-pusing bandar (lebih tepat pekan)Kangar cari kedai jahit yang boleh baiki blazer yang tertanggal butang.

Kisah di Kedai Pertama:

Muqreez: Hi..boleh tanya..sini boleh baiki blazer yang tertanggal kancing tak?

Perempuan Cina:You bawak mai sini..baru I boleh tgk boleh buat ke tak? you ingat I boleh buat semua benda. (sambil tarik muka)

Muqreez:Ler, yang marah nih pasai apa, saya nak tanya dulu boleh buat ke tak..saya tak bawa mai blazer, kalau nak tgk boleh saja saya amik...keta pun parking depan kedai..(bukan dalam petak parking..sori yer abg polis)..tapi jangan lah marah macam tuh

Perempuan Cina: Orang Melayu semua macam nih...

Dengar saja dia cakap macam tu, aku terus belah. Pertama, panas pulak telinga aku dengar. Aku benci perkauman. Kedua, aku mmg tak boleh tahan dengan orang yang berniaga tapi layan pelanggan macam kita nih hadap sangat dengan servis dia.
Aku pun pelik pasai apa dia boleh kata such racist statement. Situasi hari ini barangkali menyebabkan semakin menebal semangat perkauman.


ERONISNYA...

Kisah Di Kedai Kedua:

Muqreez : Tumpang tanya, u boleh repair blazer saya yang tertanggal butang ni tak?
Perempuan Cina : Ooo..itu blazer..jaket ka? tak bole oo...u kena pi kedai yang buat blazer sebab jahit dia lain.. Sori yer dik...

Lain kan bunyi nya..

Kedai Di Ketiga: (OZ Homme, Kangar..promote skit)

Muqreez : U bole baiki blazer I yang tertanggal butang tak?
Lelaki Cina : Bole, bole...tak masalah..abang nak ambil bila...
Muqreez : Petang skit..lepas saya balik jogging dalam kul 6.30
Lelaki Cina : Itu ka...kalau pukul 6...seratus butang pun boleh siap..(sambil dia senyum)

Dia layan baik..siap panggil abang lagi...walau dia tahu aku pi bukan untuk tempah blazer tapi nak repair butang..RM2 saja pun.
_______________________________________

Muqreez :"RACIST TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA BANGSA..TAPI PEMIKIRAN MANUSIA"

Kisah Untuk Panduan

Kekasih Allah : Bukan di kalangan kami mereka yang menyeru kepada assabiyyah (ketaksuban), bukan dari kalangan kami mereka yang berperang kerana assabiyyah, bukan juga di kalangan kami mereka yang mati kerana Assabiyah

Sahabat: Apa itu assabiyyah wahai Rasululullah?

Kekasih Allah : Kamu membantu kaum (golongan) kamu di atas kezaliman.
_______________________________________

Muqreez: "BERSIFAT KEBANGSSAAN BUKANLAH SUATU YANG BURUK SECARA MUTLAK..TETAPI DILARANG APABILA IANYA DITEGAKKAN ATAS DASAR KEZALIMAN BUKANNYA KEADILAN"

Nota : Muqreez menyokong penuh permohonan untuk pembinaan masjid Cina kerana tindakan Persatuan Cina Muslim itu selari dengan prinsip saling membantu atas dasar kebaikan....

Sebuah masjid Cina di Kelantan..Tahniah kerajaan Kelantan


Gambar oleh : Azmi Bogart
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

5 Comments:

Blogger myadlan said...

sokong!! aku pun sokong masjid cina ni. tak kesah la kaum dan bangsa apa pun.. masjid itu utk ISLAM. Allah dah cipta pelbagai kaum kat muka bumi ni, kenapa la perlu diskriminasi?

kuharap dgn bertambah masjid2 cina di bandar2 besar seperti Penang dan KL, pasti dapat menambah jumlah masyarakat Cina Muslim.

Sabtu, November 01, 2008 12:25:00 PM  
Blogger Syed Fadil said...

semoga muqrez sihat. Begitu la layanan yg biasa kt terima, ada yg ok ada yg tak ok. Nak kata suma sama tak adil jgk. Yg mana layan tak elok 2 mgkn dia ada bad experience ngan malay atau mmg dia dah kaya. Walaucmnapun, pendapat sy kita mesti terus bersatu. Masjid cina... 100% setuju. Harapan sy semoga kita bsatu atas nama islam. Tq

Ahad, November 02, 2008 7:20:00 PM  
Blogger WanHidayat said...

Salam bro...pertamanya kerana kita MANUSIA...maka cabang sifat itu lah yang kita akan jumpe, itu juga satu variasi...mendepani atau tidak mendepani, kedua2nya membuahkan pengalaman dan pemikiran.....

Kita yang melaluinya akan menilai...kemudian, kita zahirkan dalam penceritaan untuk perkongsian, minta di nilai dgn beberapa akal lagi...

Selasa, November 04, 2008 9:25:00 AM  
Blogger WanHidayat said...

Jawapan dalam blog sy...Kuching?...errmmmm, I used to be in Kuching somewhere in December 2006...

1) Kuching Waterfront
2) Kampung Budaya - Very rocommended
3) Serikin (border indo-sarawak), barang murah dijual di sana, kraftangan dan mcm2...
4) Pasar Satok - Lubuk terubuk, daripada ikan sampai ke telur ikan...

Apa lagi ek...???, ada sapa2 nak tambah...

Selasa, November 04, 2008 4:40:00 PM  
Blogger Muqreez said...

Kpd MyAdlan,

Tunggu2 kalau ada masjid cina di Penang...

Kpd Syed Fadil

teringat kat uia dulu ada We Unite For Islam ie WUFI :P

Kpd Wan

Thanks...semua tempat2 iti dimasukkan dalam destinasi wajib

Rabu, November 05, 2008 11:45:00 AM  

Catat Ulasan

<< Home