Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Khamis, Oktober 16

Dilepaskan Tanpa Dibebaskan...

Barangkali anda pernah mendengar rangkai kata undang-undang Dilepas Tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to an acquittal), ringkasnya DNAA. Bunyinya agak kontradik seperti 'dekat tapi jauh', 'Bersetuju untuk tidak bersetuju( Agree to disagree) ', tapi sebenarnya tidak selisih.

Di dalam suatu kes jenayah, mahkamah boleh memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan atas sebab-sebab tertentu, ini bermakna pihak pendakwaan boleh untuk mendakwanya untuk kes yang sama pada masa akan datang. Orang Kena Tuduh bukanlah bererti bebas untuk kesalahan tersebut, namun dilepaskan sementara.Kes yang 'popular' dulu adalah kes Datuk Sharifah Aini yang dituduh memfitnah Datuk Siti. Baca ulasan Pak Lah tentang kes-kes yang telah di 'DNAA' di SINI

Namun, percaya atau tidak,konsep rangkai kata ini juga terpakai dalam hubungan antara manusia. Dua insan barangkali telah lama berpisah, namun masih lagi gagal untuk melupakan pasangan yang meninggalkan atau ditinggalkan.

Hidupnya terus dibelenggu kenangan indah ketika bersama dulu,tanpa bebas untuk mencari cinta baru... Itulah pecinta manusia dilepaskan dan dibebaskan...

Hanya memerlukan sesaat untuk kenal dan jatuh cinta, tapi memerlukan seusia hayat untuk melupai orang yang pernah dicintai...

Suatu hasilan pemerhatian, pengamatan dan pengalaman.

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

5 Comments:

Blogger SITI said...

owh, saya sangat percaya. Ia tersangatlah benar.

Khamis, Oktober 16, 2008 11:11:00 PM  
Blogger Muqreez said...

Kepada Siti

owh...terima kasih..posting ini masih hangat ketika Siti mengomen :)

Khamis, Oktober 16, 2008 11:36:00 PM  
Blogger BurungBelatuk said...

wah, satu view baru bg saya...kalu ada penerangan lagi lanjut sal ni lg best. tolong wat post sal ni lg dgn info n kes baru leh...mesti xtdo mengenang diri bebas tp xbebas kan...dunia dunia...

Jumaat, Oktober 17, 2008 7:48:00 PM  
Blogger Muqreez said...

Kepada BurungBelatuk

Penerangan tentang apa tuh? DNAA? itu boleh baca dalam Tatacara Undang-Undang Jenayah. Kes baru? banyak sgt..almost everyweek ada kes yang mahkamah di DNAA terutama di mana-mana mahkamah majistret walaupun kadangkala atas alasan yang kuat.

Tak tidur lena..memikirkan diri dan manusia lain yang mungkin terlepas dari hukuman di dunia tapi tidak bebas dari hukuman Tuhan di akhirat. :)

Jumaat, Oktober 17, 2008 8:30:00 PM  
Blogger orangbukit said...

Don't let the heart overrules the mind, time heals everything...

Selasa, Oktober 21, 2008 7:23:00 PM  

Catat Ulasan

<< Home