Ampunkan Patik Wahai Yang Dipertua Negeri!

Patik sebenarnya jahil akan makna tersirat penganugerahan gelaran Dato' kepada 'biduanda' Shah Rukh Khan....
Ampunkan patik kerana sedikit 'sengal' untuk memahami kenapa sang kelana yang hanya singgah untuk bercengkarama, dikurniakan nama segah sedarjat pemuka-pemuka yang berjuang untuk bangsa...
Biar Melaka pernah dijajah, tapi kini Merdeka sudah...
Atau apakah penangan Tun Mutakhir masih terkesan di Melaka?
Patik berbesar hati kiranya Melaka 'sangap' sangat untuk mengurnia kepada orang luar sana, anugerahkanlah kepada pacal-pacal yang tidak jemu untuk memperjuangkan keamanan dunia.
Biar mereka tahu Melaka menyokong usaha suci mereka,
Biar dunia tahu Melaka menghargai jasa-jasa mereka...
Ampun Yang Dipertua Negeri,
Barangkali ilmu ilmu makrifat patik, tidak setara dengan Yang Dipertuan dan Memanda Menteri Melaka, untuk menaakul hikmah penganugerahan ini.
Nota: Menanti Jebat Khan....
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)








0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home