Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Rabu, Disember 28

Hot ker?

Are you hott? by evildj23
First Name
Age
Guy or Gal
Your hottness is7...is it hot in here or is it you
Quiz created with MemeGen!


MMagical
UUnforgettable
QQuaint
RRadiant
EExquisite
EEccentric
ZZany

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Isnin, Disember 26

Bergabung lah wahai Gabungan!

Pada hari yang sama, Utusan melaporkan ttg kemelut dua pertubuhan belia, GPMS dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). Tapi media nampak lebih berminat kepada GPMS.MAYC melibatkan VVIP, susah nak komen lebih, meanwhile GPMS dah jadi isu besar. DR Khir Toyo pun gagal memberi preskripsi ubat yang berkesan, mungkin dia hanya bagi ubat tahan sakit kot.Penulis tertanya-tanya kenapa mereka begitu obses mempertahan jawatan biarpun untuk satu penggal. Datuk Suhaimi nak sepenggal lagi, Rizal Merican hanya nak satu penggal juga.Kalau pertubuhan politik, mungkin agak zahir sebabnya, tapi kalau bagi NGO, agah khafi tu. Budaya berpersatuan politik telah dibawa dalam NGO, dalam mesyuarat agong MAYC kelmarin ada kerusi pecah. Macam mesyuarat agung pemuda MCA saje.

Baca:GPMS diterajui dua presiden
Mesyuarat agung MAYC kecoh


P/S : Bila lah belia yang betul2 belia boleh memimpin pertubuhan belia?
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Ahad, Disember 25

Azam Kembara

Ini adalah entry kedua untuk hari ini, kini lebih mudah untuk update sebab boleh online terus dari dalam bilik, bagi Muqreez yang termasuk dalam kategori kaki internet, perkembangan ini cukup menguntungkan, tak perlu lagi ke cc dan bayar RM2 sejam, tak perlu lagi beratur berasak di Lab Computer, tak perlu lagi beli newspaper.

"Singapore!, im coming!"

Untuk tahun ini, azam masih lagi sama tiada banyak perubahan, cuma lebih objektif.Kalau dulu kewangan itu antara isu utama, begitu juga sekarang. Namun tahun ini, mugkin bajet akan dipakai lebih untuk travel, tapi sale pakaian di Time Square semalam nyaris menjerat duit dalam poket. Duit lebih nak cari untuk belanja travel and langsai hutang kalau ada. Travel pulak, pakej backpakers atau belanja yang paling minima, antaranya tidak tinggal di hotel yang mahal,cukup dengan backpakers hostel, dan minimakan belanja pengangkutan.

Antara destinasi yang Muqreez ada bincang dengan Hyzat, Singapore(by bus)dan Hadyai(Keratapi)dan Bangkok,Thailand. Dua lagi tempat Bandung (boat),Bali dan Korea Selatan (of course by plane, tapi Hyzat punya idea nak pegi naik keretapi..huhuh), mungkin yang dua nih tak dapat tercapai tahun hadapan, tapi usaha ke arah itu akan ada. Sekarang bajet perlu dirangka, serta dengan sumber kewangan yang banyak, blurr jugak kalau nak difikirkan sekarang.

Tengah letih berjalan last raya di rumah member2 di utara (Kedah dan Perlis)
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Graduan berjubah ditegur!

Mengapa mesti yang berjubah dihighlightkan, bukankah ada yang pakai jeans yang sudah seminggu tak basuh? Does it creat a good first impression? Berapa ramai sangat yang pakai jubah ke kelas atau praktikal, atau bekerja berbanding seluar jeans? Mentaliti Melayu 'Baru' kini...huhuhu


Baca:
Graduan berjubah hapak ditegur

P/S: I do wear jubah, i do wear jeans..pada masa yang sesuai dan tempat yang sesuai..:)
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Khamis, Disember 22

PUISI DARI BANGCHIK

Mungkin aku tak sehebat Ibn Arabi
Atau Al Bustami, atau Hallaj
Yang di pancung dan yang tergantung
Ah… jauh dari cinta agung Rabiah al Adawiyah
wanita sufi yang dipinang khalifah
hanya aku tetap kokoh yakin
bibirku melontar kalimat yang sama – senada – seirama

Aku bilang pada mereka:
terlantarkah kalian?
pening memikirkan - tiap bicaraku kau rungsingkan?
Mengapa?

Kan kah kau ahli bahasa?
Aku tak bertutur dengan lidahnya elang
Bukan juga suara dari sahara
Guna cuma bahasa ibunda
Kerna aku seorang Melayu dari Matapura

Justru kan kah kita sama!
Lalu mengapa?

Kemudian
Mengapa engkau mengerti; tiap-tiap alif dalam fathul Makkiyah
Memahami; tiap-tiap titik dalam risalah Qusyairiyah
Dan engkau jadi minek [pening] bila aku bersuara?
Buntal mata bila aku bermadah?

Hai purbawisesa! Aza wa jalla!
Bukakanlah qalbuku lancarkanlah jemalaku
Agar aku mampu mengerti
Tiap butir kicau burung di ranting - itu adalah zikir munajat buat Mu
Dengan itu aku mampu memahami
Kata-kata yang lebih rendah maqamnya - tulisan teman-teman ku


Bangchik

20 Disember 2005
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Ahad, Disember 18

TABAH UNTUK ABAH

(Sebuah dedikasi khas)








Tabah itu indah
Bila diri tunduk berserah
Tabah itu tandanya gagah
Untuk kita terus melangkah
Lemparkan gelisah dan gundah
Tembusi jerih dan lelah
Usah takut pada kalah
Jauh sekali untuk beralah
Kerana jalan ini tidak salah
Kejar maghfirah mampir ghayah

Bukan satria di medan juang
Bukan pujangga bijak mengarang
Bait cuma dari orang sebarang
Yang pasti hadapi onak yang sama
Adatnya dunia tiada yang lama
Yang baharu pasti tinggalkan kita

Simpan segala yang diberi
Ingat tiap yang datang itu dari hati
Moga nan terus mengilhami
Kala diri tinggal sendiri

Tabah untuk Abah
Kerna dia pedih melihat ku susah



من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Rabu, Disember 14

Tenang Kamar Senang


Sempit ruang untuk hamparan sejadah
Muat selesa untukku bermadah
Memula langkah melepas lelah
Usah cakap untuk berpindah

Adakala sepi,tapi tak pernah sunyi
Alunan kalam suci untuk hayati
Asyik irama dinyanyi dan tari
Awas mungkin ada yang iri
Hidup ini bukan untuk sendiri

Serba biru segalanya tenang
Menyambut aku saban detik pulang
Terlantar bebas jiwa senang
Bisa angan-angan sayup melayang
Bukan di sini taman terlarang
Tetamu taulan yang datang
Ku takkan sekali menghalang
Sendiri mau sedar, bila berjejak di wilayah orang


Dibalik tirai ada cetera
Tersulit himpunan sejuta rahsia
Bersama deretan peristiwa anak muda
Dalam mengisi kekosongan jiwa
Buat diri menikmati usia
Bercampur pahala, dosa dan noda

Potret di dingding melengkap mimpi
Inspirasi untuk hari yang dinanti
Jadi peneman arjuna ini
Dalam mencari semula momentum diri
Untuk terus teguh berdiri
Di laman taman ilmu dan budi,
atau mungkin juga hipokrasi...


14 Desember 2005
-UIAM-



من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Jumaat, Disember 9

Remuk Tak Tersentuh

Kepada siapa harus kubisik
Tika kenal diri tak segagah teguh
Hanya senyum tawar bisaku lirik
Rupanya aku bukan hamba yang utuh
Untuk telan segala yang keruh
Lantas muntah,mengeluh jenuh
Hati remuk tak tersentuh

Dari mana dapat semula ku himpun
Semangat satria untuk terus bangun
Kerdil tangan longlai tetap menghayun
Bunuhkan segala yang mengelamun
Lempar semua yang meruntun

Kepada siapa bisa lampiaskan
Kasima derita tak idamkan
Datang memagut kesenangan
Terlanjang bersandar kaki jalan
Oh dunia,aku kini sebarangan

Siapa itu yang mendengar,
Ngapa bermain ditepian sekadar
Payah aku mengjeguk hadirmu
Jauh rasa, tapi kuyakin kau tahu
Aku malu untuk lalu meluru
Kerna namamu bukan lafazanku
Gampang leka,rungut pula selalu.
Tapi kini aku berseru
Tidak lagi termanggu pilu...

-Kolej Bilal-
3 Disember 2005

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Isnin, Disember 5

Universiti di Kelantan:Mengapa mesti tunggu mandat?

Respon daripada artikel Berita Harian:

Membina universiti, kenapa perlu kepada mandat rakyat yang hanya diukur melalui pilihanraya kecil. Bahkan kalau menang pun Barisan Nasional, bukannya roboh kerajaan PAS Kelantan.Adalah sesuatu yang tidak bijak bagi PAS untuk membubarkan kerajaan lantaran kalah satu kerusi tapi masih kekal lebih satu kerusi.Dalam demokrasi,seorang boleh menang biar hanya lebih satu undi,begitu juga menubuhkan kerajaan negeri.

Kenapa bila sudah menang baru nak bina universiti? Bukankah bidangkuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia bahawa pendidikan itu dibawah senarai bidang tugas bersama? Secara tidak lansung, isu ini membuka pekung di dada bahawa selama ini memang rakyat Kelantan di anak tiri, dulu kerajaan pusat menafikan. Memang agak sukar untuk sebuah kerajaan negeri untuk berdiri sendiri, tetapi ingin penulis melihat rekod hutang, negeri mana yang paling banyak menangggung hutang dengan kerajaan pusat, dikatakan bukan Negeri Kelantan Darul Naim.

Agak kelakar juga apabila beberapa hari sebelum Pak Lah bercakap tentang universiti di kelantan, menantunya sekeras-keras menafikan bahawa bukan cara politik UMNO untuk menanbur janji-janji. Mungkin untuk bina universiti itu bukan janji tetapi pengumuman baragkali, kita sedia tunggu dan lihat.

Bercakap tentang bina universiti, bukan tujuan untuk membantah, tetapi penulis bersetuju dengan pandangan Prof Diraja Ungku Aziz agar jumlah IPTA dihadkan.Apa yang diperlukan adalah cawangannya agar tidak perlu lagi kita bazirkan masa bina sistem dari awal kerana asasnya sudah ada.Maka dari situ kualiti pendidikan dapat dipelihara.Misalnya, Universiti Harvard dan University Al-Azhar. Apa yang dilaksana oleh UITM juga adalah baik.

Bagi penulis, PAS akan kalah kali ini, kehadiran Datuk Ibrahim Ali sedikit sebanyak mampu memecahkan undi dan menjadi jalan alternatif. Bagi yang sudah lama dalam PAS tapi agak kurang setuju dengan MB (eg ISu MAwi) maka Datuk Ibrahim jadi pilihan.Mungkin agak berat dan bersalah untuk memangkah BN yang semua orang sedia maklum sejarahnya di Kelantan.

P/S: Amru Diab dah keluarkan album baru 2005 Kammal Kalamak..sedap jugak!

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)