Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Isnin, November 28

Tidak semena-mena...Isu Wahabi muncul lagi!

Secara tiba-tiba isu Wahabi muncul lagi, kalu dulu Utusan juga melaporkan ttg ajaran ini yang menjadi dalang perpecahan umat Islam di Selatan Thailand, kini ajaran ini dikaitkan di Malaysia pula. Bukan isu baru, masih ingat lagi ketika dulu, di muka depan majalah Massa, PERLIS PUSAT PENYEBARAN WAHABI...

Namun pada hemat penulis, jangkaan bahawa ada motif disebalik laporan tiba-tiba akhbar aliran perdana ini tidak meleset. Hari ini mereka kaitkan pula ajaran ini dengan terorrist. Jakim pula bersuara, boleh mengambil tindakan undang-undang kononnya. Sudahlah JAKIM, beri dulu definisi Wahabi, kaji tentang mereka secara adil.Pelajari sejarah umat Islam tentang Kemunculan Muhammad Abdul Wahab.

Siapa Wahabi?

Kata mereka: Mereka ini tidak baca Qunut ketika solat subuh.

Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Hanbal dan boleh penulis katakan jumhur ulama' sepakat tidak melazimi baca Qunut ketika subuh.Apakah mereka ini Wahabi?

Kata mereka: Wahabi tak baca wirid selepas solat berjamaah.

Para sahabat dulu pun tidak membaca wirid beramai-ramai, oh, rupa-rupanya mereka wahabi jugak?

Kata mereka: Wahabi tak bertahlil arwah, dang mengangggap ianya sebagai bid'ah.

Imam Syafie sendiri pun tak galakkan tahlil dan kenduri arwah dan tida pada zaman Rasul.Eh,Imam Syafie pun Wahabi?Habis kita nih siapa?

Kata mereka: Wahabi tak benarkan baca Yasin pada malam Jumaat.

Berikan dalil, amalan tersebut dilakukan oleh Rasulullah atau Imam Syafie.Bahkan terdapat nas untuk baca Surah al-kahfi pada malam Jumaat bukan Surah Yasin.Tapi bukanlah dibuat beramai-ramai. Terlalu banyak kita gunakan nama Imam Syafie untuk menjadi perisai bagi menjadikan amalan tok nenek kita betul.

Kata mereka: Gerakan Wahabi yang menyebabkan Khilafah Islam Turki Jatuh!

Memang mereka ini tidak baca sejarah, kalau baca, tentu mereka hanya baca buku-buku para orientalis barat.Patutlah yang buat kenyataan dalam akhbar tempoh hari pun Ustaz UK, dapat PHD kat UK kan? Padanlah, istilah wahabi pun adalah gharib pada zaman kebangkitan Muhammad Abdul Wahab, tapi popular selepas itu. Dipercayai, penjajah yang berikan. Gerakan beliau dikenali sebagai Muwahiddun, dan ada yang panggil ikhwan. Bacalah kembali sejarah kejatuhan Khilafah, carilah peranan Turki Muda,Mustafa Attartuk.Baca juga berkaitan dengan beratus lagi saurah atau pemberontakan yang dibuat oleh golongan Islam As-Syaariyun (Orang Malaysia pun kata dia Ahli Sunnah wal Jamaah ikut iman Abu Hasaan Asyaari)yang turut bekerjasama dengan penjajah.Misalnya golongan hasyimiyun yang kini bertakhta di Jordan.Asalnya negara Jordan mana ada.

Kata mereka: Gerakan Wahabi boleh menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Dulu mereka melabelkan Perlis negeri Wahabi lantaran dari pegangan as-Sunnah negeri itu yang dilihat hampir serupa dengan wahabi.Masjid kat Perlis tak baca qunut.Perlis negeri wahabi menurut pengertian cetek dan dangkal mereka. Tapi, ingin penulis lontarkan,kalau dah Wahabi menghasut orang menjatuhkan kerajaan, sudah berapa kali Kerajaan Perlis jatuh??? PAS pun tak pernah tawan.Bahkan beberapa tokoh Ad-Sunnah Perlis pun dilihat mempunyai hubungan baik dengan kerajaan memerintah. MB Perlis sendiri pernah mempertahankan pegangan ini ketika ditanya di RTM dulu tentang ajaran Wahabi di Perlis. Menurut beliau, ajaran ini mengajak umat untuk kembali kepada Al-Quran Sunnah.Nampaknya dia faham apa yang berlaku.

Kalaulah kerajaan Saudi itu dikatakan kerajaan wahabi, dan ulama' nya adalah ulama' wahabi, maka wajarlah pendapat mereka diteliti. Menurut mereka, haram untuk melawan pemerintah biarpun mereka membuat maksiat,selagi mana mereka tidak ingkar dengan perintah Allah maka bersabarlah. Haram untuk seseorang untuk menegur atau mengkritik pemerintah dikhalayak ramai,mesti dibuat secara tertutup.Maka bagaimana nak berlaku menjatuhkan kerajaan? Pengalaman penulis sendiri ketika mengikuti program disana,ramai antara ustaz-ustaz yang kami jumpa menasihatkan uslub yang baik dalam berdakwah, bukan melalui melawan kerajaan.

Pada hemat penulis, Muhammad Abdul Wahab hanyalah seorang Reformis, seperti tokoh-tokoh Islam yang lain yang terdapat pengikut dan pengkagum masing-masing.Misalnya, Imam Hassan al-Banna , ramai pengikut dia di Malaysia, tapi kenapa dia tak dikecam jugak? bukankah pengikut dia juga terdapat yang digantung kerana melawan kerajaan Mesir?Tapi barangkali ramai ustaz-ustaz kat JAKIM setuju dengan pandangan2nya?
Muhammad Abdul Wahab bukan juga imam mazhab, dia sendiri bermazhab Hanbali dan kadangkala cenderung untuk mengikut pandangan Ibnu Taimiyah.Maka tiada mazhab Hanbali.Beliau jua bukan mujtahid dan tidak banyak kitab-kitab hasil tulisannya samada dalam bab fiqh atau aqidah.Yang ada hanya risalah-risalah yang dikumpulkan.


Tokoh-tokoh ini telah berjuang untuk agama, wajar mereka dihormati dan pemikiran dikaji, yang salah kita betulkan bukanlah diburuk dan difitnah.Sila baca pandang Dr Yusuf Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Awlawiyat tentang pandangan beliau yang mengiktiraf dan memuji Muhammad Abdul Wahab.

Bukan tugas kita untuk memuja-muji Muhammad Abdul Wahab, tapi sekadar menafikan kecaman orang yang tidak tahu dan bermotif politik terhadap Wahabi itu sendiri.Di Arab Saudi, nama beliau bukanlah begitu popular biarpun orang Malaysia asyik guna namanya untuk dikaitkan dengan negara bermazhab Hanbali itu. Mereka lebih senang merujuk ulama-ulama yang lain seperti almathum Bin Baz, almarhum Sheikh Usaimeen dan Sheikh al-Bani,biarpun beliau bukan anak watan situ.

Walau apa=apa pun kita masih tidak mengenali siapa Wahabi yang dimaksudkan Utusan,sama ada pengikut Muhammad Abdul Wahab atau pun pengikut Pak Wahab mana-mana.

Fikir dulu sebelum berkata, jangan terlalu mudah menghukum orang terdahulu.Kadang kala kita kata Wahabi suka mengkafirkan orang, dalam kita tak sedar kita juga telah kafirkan Wahabi.Seledik sendiri, terdapat negeri dalam Malaysia yang menyenaraikan Wahabi sebagai ajaran sesat, sebaris dengan Ayah Pin dan yang lain. Keapa pihak Jakim, selesaikan kes Ayah Pin dulu, kemudian kes Qadiani.Mereka itu ternyata seleweng dan sesat.

P/s: Terkejut bertambah bila melihat keputusan peperiksaan.Pakdi macam tau2 saja saya akan tulis tentang nih.
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Jumaat, November 25

Panas! Isu tahanan dalam lokap


Malaysia digemparkan lagi dengan isu salah laku polis.Dulu, disebabkan masalah yang berlambak, suatu suruhanraya diraja ditubuhkan. Antara dua isu yang menarik minat penulis adalah:

1) Seorang gadis telah disaman oleh seorang pegawai polis setelah dia telah membuat laporan kepada pihak polis atas kesalahan rasuah atau duit kopi. Secara peribadi penulis juga pernah berhadapan dengan situasi sebegini dulu, tapi mujur pegai polis itu kesian terhadap penulis dan seorang lagi rakan kerana hanya ada Rm10 dalam kocek.Tiada saman, tiada juga rasuah. Tapi reputasi pegawai polis pada penulis jatuh tertiarap.Tak sangka pegawai yang berusia macam tu pun sanggup meminta rasuah,biarpun secara tidak lansung."Ada berapa dalam wallet", itu yang ditanya kepada kami yang tengah cuak kerana kesalahan tidak mengikut lalulan sikal yang disediakan.Tapi itu dulu, sebelum ditubuhkan suruhanjaya pembaikpulih,moga prestasi pihak polis dapat dibaikpulih.Begitu juga dengan lencana anti-rasuah,harapnya berkesan.Rasuah sudah yang lain pula timbul:

2) Seorang gadis warganegara China pula menjadi mangsa, tapi kebenarannnya masih dalam siasatan.Menurut Ketua Polis Negara,paling cepat isnin ini. Bagaimanapun, penulis amat setuju dengan pandangan salah seorang orang kuat Suhakam, Prof Hamdan Adnan, bahawa hasil siasasatan itu perlu didedahkan kepada umum memandangkan isu ini telah mengundang perhatian umum dan melibatkan intergriti pihak polis.Kita sebagai rakyat tidak mahu senantiasa diperbudakkan dengan isu yang diperap,the case in point adalah kes-kes rasuah. Orang yang dedahkan pula dikenakan hukuman OSA, eg Azmin Ali. Namun pada pengamatan penulis tentang isu ini adalah tentang kenyataan Ketua Polis Negara tentang kuasa pihak polis dalam menjalankan soalsiasat, bagi penulis biar pun sejauh mana kita ideal pun tentang hak asasi manusia, kita jangan lupa tentang undang-undang kita yang sedia ada yang mengahalalkan perbuatan tersebut

Misalnya kes tahan yang diarahkan ketuk ketampi dalam keadaan bogel. Dalam video tersebut, pegawai yang melakukan soalsiasat adalah wanita, maka satu syarat sudah dipenuhi. Eronisnya, dalam kes seorang Lelaki yang telah menjalani pembedahan transeksual, Mumtaz yang diarahkan bogel.Menurutnya, pihak polis enggan memenuhi permintaannya agar pegawai wanita turut sama.Mungkin pihak polis serba salah samada untuk patuhi peraturan tersebut atau tidak memandangkan tahanan adalah sebelum ini lelaki.Selain itu ,tiada kecederaan fizikal dalam sesi soal siasat, apakah ketuk ketampi membawa kecedaraan? lainlah kes Datuk Seri Anwar dulu.

Perlukah hingga dibogelkan?menurut Ketua Polis Negara, jika perlu tidak salah, misalnya dalam kes dadah atau based on reasonable ground, dengan syarat yang menjalankannya adalah polis wanita. Dalam rakaman video yang tersebar itu, kita tidak tahu apakah kesalahanya.

Yang agak penting adalah kesalahan membawa bahan elektronik ketika sessi soalsiasat, lihat lah bagaimana ia telah mengaibkan tahanan.Tapi siapa yang merakamnya?

Adalah agak keterlaluan membandingkan tindakan polis itu sama dengan apa yang berlaku di penjara Abu Ghuraib, Iraq. Penulis percaya selagi mana undang-undang kita di patuhi oleh polis mahupun orang awam.perkara ini takkan berlaku. Tapi cuba bayangkan dalam sesi soal siasat, apakah seorang itu amat mudah memberi keterangan atau mengaku bersalah? apakah berkesan dengan pujukan? atau sesi temuduga?

Jika undang-undang berrcanggah dengan piagam hak asasi manusia, itu perlu kita suarakan dan betulkan. Sememangnya hak asasi dan kebebasan kita dijamin di bawah Perlembagaan, tapi semuanya bukan bersifat mutlak semuanya terhad. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun,kita perlu melihat keperluan kita sendiri bukan terikut dengan Barat.Sejauh mana kebebasan untuk kita nikmati bergantung kepada kita berdasarkan nilai kita.Bagi penulis adalah sesuatu yang muktamad adalah Kebebasan majoriti mengatasi kebebasan individu.

Baca laporan yang dibuat oleh MP Teresa Kok (DAP: Seputeh)untuk first hand report:

http://teresakok.blogsome.com
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Jumaat, November 18

In Memory/Zikrayat: LAWSOC 04/05





من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Khamis, November 10

MENDEFINISI SEMULA KESETIAAN

Bila terjalin sesebuah ikatan pehubungan, ia berdiri atas paksi kesetian dan saling percaya. Cinta sendiri tidak mampu membina sebuah hubungan tanpa dua elemen tadi.Kita bisa mencintai sesiapa sahaja tanpa ada sebarang hubungan lantaran tiadanya persefahaman yang melahirkan kepercayaan dan setia

Namun satu teori ortodok adalah kesetiaan hanya pada satu dalam perhubungan.Apakah kesetiaan tidak akan wjud andainya cinta ditumpahkan pada yang lain juga?

Apakah setia hanya tunggal pada satu? Kiranya begitu, Tuhan sahaja yang berhak menuntut setia kita, maka tiada lah setia pada hubungan kasih makhluk. Tapi bukan itu pinta Tuhan.

Bagaimana pula andai sesama makhluk perlu setia pada seorang sahaja, bayangkan lelaki yang berselingkuh,dia dikatakan tidak setia namun kecurangan itu hilang bilamana wanita ketiga itu menjadi isterinya yang sah. Ini bermakna setia itu boleh wujud pada setiap ikatan yang lahir dari jiwa yang mendalam, biarpun pada masa yang sama sudah ada setia untuk yang lain.

Maka apakah makna setia bila ia begitu gampang wujud pada setiap hubungan. Setia bukannya taat, yang tidak bisa untuk diingkari. Tapi setia adalah kesediaan untuk bersama di kala susah dan senang, saling percaya dan jujur dalam perhubungan. Kesetian ini bisa roboh dan putus bila nilai-nilainya sudah luntur. Setia juga bukanlah penghalang untuk membina cinta yang lain, yang penting kesetiaan yang sudah lama wujud perlu dipelihara, mungkin agak payah namun tidak mustahil.

Setia pada yang satu adalah suatu mitos yang tidak mampu dikotakan oleh setiap jiwa hari ini. Mungkin pandangan ini agak memperlekehkan nilai kesetiaan, namun ia adalah reality, kerana nilai kesetiaan insan hari hari adalah persis kulit bawang. Gelombang post-modernism hari ini telah menanam dalam jiwa akan prinsip “believe with nobody”.Sedikit sebanyak telah menghiris kepercayaan kita untuk orang lain, wajarlah kesetiaan sukar diletakkan pada seorang.

Bukan untuk menghalalkan perbuatan player-player yang ada, kerana tak pasti mereka setia atau tidak, bukan juga untuk memihak pada mereka yang berpoligami,tapi cukup sekadar untuk memaparkan bahawa setia itu bisa lahir dari sebanyak mana hubungan yang berlandaskan ketulusan. Usah rasa diri dikhianati andainya dia setia pada yang lain juga, pokoknya dia senantiasa setia dan taat pada DIA kerana kau menumpang ehsan dari-NYA.

P/s:Hayati senikata lagu ini dan kemudian fikirkan maknanya.

Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

tak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa

http://www.dewa19.com
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Catatan Lalu Di Madinah al-Munawwarah

Mengunjungi Pusara Baginda

Allah kurniakan hati ini rasa kecintaan yang mendalam akan Madinah al-Munawwarah, tatkala memacu masuk coaster ke dalam kawasan tanah Haram, jiwa penulis terasa sebak, secara kebetulan MP3 memainkan lagu Amirul Ummah, nyayian Hijjaz dan kemudiannya “Dia Kekasih Allah”, melihat Madinah yang tersusuin rapi, wajarlah ia menjadi tapak bermulanya ketamaduanan Islam.Kota suci kedua selepas Makkah Al-Mukarramah,telah baginda haramkan tanah ini seperi mana Ibrahim mengharamkan tanah suci Mekah.

Perjalanan dari Mekah ke Madinah dihiasi dengan gunung ganang, yang istimewanya gunung yang berwarna merah dan hitam, begitu juga permukaan tanah yang yang di selaputi batu-batu hitam hasil dari kesan dari aliran lava gunung berapi yang pernah meletus dulu. Kadang kala kelihatan juga aliran lesu terusan usang Ain Zubaidah. Terusan yang diilhamkan oleh Siti Zubaidah, wanita solehah, isteri kepada Khalifah Harun ar-Rasyid.Beliau telah mendapat nasihat melalui mimpi agar membuat kebajikan dengan memberi minum kepada para jemaah haji,maka beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang dinamakan Ain Zubaidah menhubungkan Makkah, Madinah dan Taif. Namun kini terusan ini tinggal kenangan, tiada lagi air yang mengalir.

Tiba di bumi haram Madinah bertepatan dengan waktu Asar, biarpun kami telah solat jama’ taqdim dalam perjalanan, namun kami masih lagi tetap ingin bersama-sama jemaah untuk mendirikan solat Asar, sememangnya hukumnya sunat.

Selepas selesai solat, mataku liar memandang struktur masjid nabi. Tiada masjid yang boleh diziarahi untuk tujuan ibadah melain tiga masjid, iaitu Masjid Ka’bah, masjid Nabi dan Masjid al-Aqsa yang ckup indah, penulis terpukau dengan keindahannya, biarpun tidak semoden dan sophisticated masjid moden di Malaysia,lantas mata terhenti sejenak pada satu sudut tiang-tiang yang adag berlainan terletak berhampiran dgn mimbar, permaidaninya juga berwarna hijau, berbeza dengan tempat terpandang .Di sana lah Raudah. Teringat akan hadis Rasul:Sesungguh di antara rumahku dan mimbarku, sebuah taman dari taman syurga. Ulama berbeza pendapat tentang makna hadis ini,berkata sebahagiannnya bahawa raudhah ini seperti taman syurga kerana di sana turunnya rahamah dan dikurnikan sa’adah. Pendapat lain adalah ia raudhah di dunia untuk ilmu dan ma’rifah kerana Rasulullah saw mengajar para sahabat di sana sepanjang hidup baginda. Pendapat yang lain, disebut taman syurga kerana beribadah padanya mendapat ganjaran syurga.Namun pendapat yang kuat adalah, ia adalah taman syurga yang hakiki dari syurga.

Berjalan melalui Raudah terpaksa mengharungi manusia yang berebut untuk solat dan I’tikaf di situ, penulis terpaksa mengatur terus langkah kerana di hati tidak sabar untuk melihat menziarahi maqam Rasulullah saw, yang jelas kelihatan dari Raudhah.Akhirnya dapat juga aku berdepan dengan maqam Nabi saw. Aku tidak hairan kenapa orang yang jahil begitu fanatik bilamana melihat maqam ini, ada yang cuba sujud mengadap, hanya secebis ilmu didada yang menjadi benteng menghalang aku dari melakukkan perkara yang bercanggah dengan ajaran suci. Penulis tidak menyalahkan mereka yang jahil yang melakukkan amalan bid’ah dan khurafat bahkan boleh syirik kerna mereka jahil.

Cuba bayang maqam seorang lelaki yang kita telah dengar namanya sejak kecil, telah kita diajar sirahnya sejak kanak-kanak, telah kita kenal budi pekertinya, disebut namanya berulang kali. Allah kurniakan rasa cinta dan rindu akan kekasihnya, rasa keinginan yang kuat untuk menemuinya. Beliau adalah Muhammad SAW Rasul Allah, sahib maqam ini. Salam untukmu Rasul Allah, ku tahu engkau akan mendengar salamku ini, tapi kekadang terfikir apakah engkau menerima diri ini sebagai umatmu. Apakah salam ini sebagai pertemuan pertama dan seterusnya kita kan bertemu disyurga, atau ini adalah salam pertemuan pertama dan terakhir, A’uzubillahimin dzlik. Allahhuma Salli 3ala Muhammad wa 3ala alihi washabihi ajma3in.Disinilah tempat beliau bersama sahabat yang dikasihinya, bersama dalam susah dan senang. Berjuang untuk redha Allah.
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)