Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Isnin, Ogos 29

Aku Ingin Merdeka

Aku ingin merdeka,
Dari kebobrokan naluri manusia,
Hasrat hati menjadi DEWA,
Biar lagak tiada sempurna,
Sungkur ke tanah nasib salahnya

Aku mahu merdeka,
Dari menagih janji manusia,
Manis mulut makar bisa,
Pilu tusukan lantaran kecewa,
Parah kian nafsu menggila

Aku sudah merdeka,
Dari nilai leluhur bangsa,
Lupa kiasan bonda,
Singkir sindir ayahanda,
Snow cap penganti songkok kepala,
Selamat tinggal sarung dan kebaya,
Rambut sudah berbeza warna,
Hati pasti lainnya nyata,
Cuma barat yang benar-benar merdeka

Aku mahu mengerti merdeka,
Bila masih dihimpit hutang,
Harta datang,beransur petang,
Teman bermusim tak perlu diundang,
Kosong saku, masa untuk berenggang,
Mengharap mengampu dikaki pemiutang

Aku perlu merdeka,
Dari omong retorik kalam,
Simpulan falsafah maknanya dalam,
Dari bisikan picisan malam,
Aku di sini sendirian tenggelam

Aku ingin merdeka
Demi apa yang aku percaya,
Bukan pentas untuk cereka,
Bukan slogan untuk pilihanraya,
Hanya ruang untukku tangis dan tawa,
Kerana aku hidup bukan untuk mereka...

P/S: A painting namely A Strong Man, try laa to have a look..wer is the man?(^_^)
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Ahad, Ogos 21

Palestine and Me


Hari ini 21 Ogos adalah hari memperingati perjuangan Palestine,alhamdulillah biarpun sehari namun bagi penulis ia cukup untuk mengingatkan kembali akan nasib saudara-saudara yang berada di bumi kiblat pertama ummat Islam. Bukanlah tujuan diadakan hari ini untuk dijadikan semata-mata masa untuk mengenangkan Masjid al-Aqsa yang berada dalam genggaman rejim Zionist,kerana selagi mana Palestin masih dijajah selagi itulah ingatan ini tidak akan luntur.Jika dulu penulis pernah mengungkap tentang rasa rindu dan cinta terhadap tanah suci Mekkah dan Madinah, rasa yang sama juga untuk Baitul Muqaddis biarpun tidak pernah kaki menjejak kaki ke sana.

Isu Palestin adalah isu universal



Jika dulu pernah ada laungan yang didalangi oleh barat yang menegaskan bahawa isu Palestin bukanlah masalah umat Islam keseluruhan tapi isu bangsa Arab. Mereka kecilkan isu ini agar sokongan pro Palestin semakin berkurang lantaran kesan terhadap propaganda bersifat nasionalis itu. Kemudian, alhamdulillah muncul seruan kedunia Islam yang bangun menyatakan bahawa masalah yang dihadapi di Palestin adalah isu umat Islam keseluruhan.Maka bangunlah beberapa negara bukan Arab yang bangun menyatakan pendirian.Namun kesannya agak sukar untuk dilihat atau bisa melapangkan dada bilamana ada sahaja perjanjian yang langgar.Jangan kita lupa antara matlamat penubuhan OIC juga adalah untuk membebas dan memerdekan Palestin.



Rujuk fakta ini:

The Organization was established in Rabat, Kingdom of Morocco, on 12 Rajab 1389H (25 September 1969) when the First meeting of the leaders of the Islamic world was held in this city in the wake of the criminal arson perpetrated on 21 August 1969 by Zionist elements against Al-Aqsa Mosque, in occupied Jerusalem. It was indeed in order to defend the honour, dignity and faith of the Muslims, to face this bitter challenge launched in the holy city of Al-Quds so dear to them and against the Mosque of Al-Aqsa, the first Qibla and third holiest Shrine of Islam, that the leaders of the Muslim world, at their Summit in Rabat, seized that event - which brought about unanimous worldwide condemnation and reprobation - to think together of their common cause and muster the force required to overcome their differences, unite and lay the foundations of this large grouping of States, that is, the Organization of the Islamic Conference which they entrusted, in absolute priority, with liberating Jerusalem and Al-Aqsa from Zionist occupation.

baca lagi!
Under the Charter, the Organization aims to: (Inter alia)

2. Coordinate action to:
a) Safeguard the Holy Places;
b) Support the struggle of the Palestinian people and assist them in recovering their rights and liberating their occupied territories.


(Dipetik dari:

The Organization of the Islamic Conference (OIC)

Namun sejauh mana matlamat itu dijadikan sebagai core business persidangan itu hari ini.

Bagi penulis, memandangkan dunia Islam kini dirundung dengan pelbagai masalah dalaman setiap negara masing-masing hinggakan tiada lagi rasa kekitaan, dan kuasa serta kemampuan yang cukup terbatas, perlulah kita khabarkan kepada dunia bahasa isu palestin bukan lagi isu-isu umat Islam, bukan lagi isu-isu agama yang menyebabkan negara-negara lain menimbang semula untuk menyokong. Megara-negara besar yang lain seperti China, Russia dan Eropah kadang-kala agak ragu untuk menyokong perjuangan penduduk Palestin memandang kerana mereka berpandangan ia lebih bersifat persengkataan antara agama.Sudah tentu dalam hal ini mereka akan lebih berhati dalam memberi sokongan dan lebih suka playsafe.Padahal apa yang berlaku di Palestin adalah lebih dari itu, mereka dinafikan hak asasi mereka dan penjenayah perang bertopengkan keamanan berkuasa di sana. Kita perlu yakinkan dunia hari ini bahawa perjuangan Palestin bukan sahaja selain untuk survival agamanya,tapi juga perjuangan untuk hidup. Dunia sepakat untuk mendaulatkan hak asasi manusia.Sila rujuk antara intipati Universal Declaration of Human Rights:
Article 1.
All human beings are born free and equal in dignity and rights.They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood.

Article 3.
Everyone has the right to life, liberty and security of person.

Article 4.
No one shall be held in slavery or servitude; slavery and the slave trade shall be prohibited in all their forms.

Article 5.
No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment.

Article 12.
No one shall be subjected to arbitrary interference with his privacy, family, home or correspondence, nor to attacks upon his honour and reputation. Everyone has the right to the protection of the law against such interference or attacks.


Rujuk:
Human Right Declaration

Sesiapa pun akan bertindak dengan pelbagai cara demi mempertahankan diri, keluarga dan tanah airnya.



Maka wajarlah kita war-warkan kepada dunia bahawa kekejaman di Palestinyang berlaku bukanlah untuk tindakan kumpulan, bangsa atau agama tertentu tetapi adalah tanggungjawab sejagat.Tambahan lagi,ketika pemerintahan Islam dulu pun rakyat Palestin hidup aman biarpun terdiri dari 4 golongan agama iaitu Islam,Yahudi,Kristian Ortodok dan Kristian Katolik. Biarpun, nobody got everything but everybody got something. Setiap kelompok mendapat kawasan masing-masing di kota suci.


P/S: Penulis teringat akan filem "KINGDOM OF HEAVEN" lakonan Orlando Bloom yang menceritakan tentang perihal tentera salib sebelum mereka kalah kepada Salahuddin al-Ayyubi. Dalam filem tersebut dipaparkan masalah perpecahan dalam tentera Salib serta menampilkan juga bahawa sebenarnya puak pelampau itu bukan boleh berada di mana-mana, samada di sebelah Islam atau pun Kristian.Jalan yang terbaik adalah berlapang dada dan bertoleransi

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Selasa, Ogos 16

Pilihanraya Kampus : Pilih berdasarkan kewibawaan calon atau kumpulannya?(Satu tulisan berdasarkan pemerhatian bebas)

Sedari dulu lagi, mahasiswa yang sering membahasakan diri mereka sebagai jurubicara ummah, cukup terkenal dengan idea-idea bernas dan kalam retorik. Walaubagaimana pun tidak dinafikan juga banyak idea yang dilontarkan terbabas atau sangkut dip agar-pagar university lantaran terlalu ideal.Kehadiran pilihanraya kampus biarpun dilihat hanya menarik minat sekelompok cuma mahasiswa, namun perlaksanaannya memberi isyarat dan signifikasi besar kepada banyak pihak di dalam dan luar kampus.

Segala idea-idea yang dijanakan oleh setiap kelompok mahasiswa dirasakan perlu diwar-warkan dan dikongsi dengan massa. Pilihanraya pula adalah wadah yang efektif untuk mengutara dan mencanangkan cita-cita politik masing-masing, biarpun pada hakikatnya bidang tugas majlis pewakilan pelajar hanya terbatas kepada hal ehwal kebajikan mahasiswa sepertimana yang diharapkan oleh pentadbir universiti. Bagi sesetengah pemikir, adalah agak malang apabila didapati idea-idea yang digagaskan lebih mencerminkan dasar dan gaya fikir politikus negara di luar sana. Mereka juga membantah kewujudan kubu-kubu kumpulan politik tertentu sama ada blok aspirasi kerajaan atau pembangkang atau mana-mana NGO. Walaubagaimanapun untuk menjadi praktikal, kita tidak mampu menafikan fakta bahawa mahasiswa yang berminat dalam politik ini sememangnya perlu bersedia untuk melangkah arus politik negara yang sistemnya tidak memihak kepada teori memilih berasaskan kelayakan calon. Di lapangan politik negara, kita kini dihidangkan dengan satu jalan di mana aspirasi parti politik mengatasi keupayaan calon.

Suatu perkembangan yang menarik dulu adalah pemansuhan sistem kepartian dalam pilihanraya kampus. Biarpun pemansuhan ini berkuatkuasa hingga kini, namun kewujudan parti secara sembunyi masih dapat dirasa melalui propaganda-propaganda yang giat dilancarkan kini. Bagi penulis,memang benar sistem yang berteraskan merit dan kemampuan calon adalah cukup baik secara teori sebagaimana yang dicadangkan oleh sarjana Islam seperti Abul A’la Maududi dalam membahaskan sistem politik dalam sebuah negara Islam. Hal ini pernah diakui sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz suatu ketika dulu. Sistem berasaskan kemampuan dan kelayakan ini memberi ruang dan peluang pemilih untuk menilai calon secara bebas dan telus tanpa pertimbangan kepada reputasi parti yang diwakili. Namun apakah system tersebut praktikal dan relevan setelah menilai dan melihat situasi kini.

1) Suasana politik negara

Suasana politik negara yang kurang kondusif dalam membantu sistem berasaskan merit calon dalam pilihanraya kampus hari ini, bahkan situasi di luar sana memberi kesan semerta terhadap senario politik mahasiswa. Kekukuhan parti pemerintah dan kewujudan parti pembangkang yang konsisten sejak merdeka meyebabkan tertanamnya kecenderungan massa untuk memilih calon berdasarkan parti bukanya potensi calon. Cuba bayangkan jika selepas merdeka, suasana politik negara diwarnakan dengan pelbagai parti berserta ideologi masing-masing dan tiada parti yang mendapat mandat secara berterusan serta mendominasi politik negara. Sudah tentu, pemilih lebih menfokuskan kepada kredibilti calon lantaran kurangnya keyakinan terhadap parti-parti yang bereputasi rendah. Memilih calon berasaskan parti juga mendatang banyak masalah legislatif di parlimen menurut perspektif undang-undang. Berbalik kepada mahasiswa, biarpun dilimpahkan dengan pelbagai ilmu di menara gading, suasana di luar pagar turut mencorakkan idea mahasiswa. Penulis melihat kecenderungan ini sebagai suatu yang positif bagi menjadikan mahasiswa yang terlibat dalam politik kampus hari ini lebih bersedia untuk terjun dalam dunia luar,bukannya menang sorak di kampus sahaja. Apa yang perlu ditekankan adalah sumbangan mahasiswa selepas graduasi bukan di kampus semata-mata. Namun mahasiswa perlu bijak dalam membahaskan isu, idea poltik luar hanyalah sebagai satu bahan mentah yang perlu diproses dan diteliti secara kritikal. Mahasiswa pada suatu ketika perlu juga membebaskan diri dari retorika partisan tetapi lebih memahaminya secara adil dan matang.

2) Keupayaan memimpin selepas menang pilihanraya

Secara optimis, keupayaan calon untuk mentadbir selepas mendapat tampok kepimpinan perlu diberikan perhatian, terutama kebolehan dalam mengumpul dan mengembeleng tenaga untuk menjalankan program. Di sinilah datangnya kepentingan aspirasi politik kepartian. Ketika inilah calon akan mudah menuntut tenaga kumpulan dan proksi yang diwakilinya.Maka kerja menjadi lebih mudahapabila sumber manusia mencukupi. Berbanding dengan calon persendirian yang sukar meraih keyakinan massa lantaran kurangnya tenaga pendokong. Secara gampangnya, individu itu boleh dianggap hebat atau berkebolehan lantaran ramai pendokongnya. Bagi calon yang mewakili parti, biar kurang kemampuan untuk mengurus namun, kelompangan tersebut dapat ditampung oleh ahli kumpulannya yang komited terhadap cita-cita politik mereka. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini memberi ruang kepada gejala kronisme, namun perlu juga diingat di university hari ini berapa kerat mahasiswa yang mahu bergiat aktif dengan persatuan dan program. Sumber tenaga cukup terhad dan tiada jalan lain adalah dengan mengambil orang yang bersedia untuk membantu. Abul A’la Maududi juga turut menggariskan tiga kriteria untuk diberi sesuatu tanggungjawab iaitu kemampuan, kelayakan dan kesediaan(kemahuan).

Secara tuntasnya, penulis percaya situasi sekarang bukanlah suatu yang amat negatif biarpun penulis cukup setuju dengan idea asal sistem pilihanraya berasaskan kelayakan calon bukannya parti. Namun, kedua-dua sistem ini bisa diharmonikan bagi disesuaikan dengan waqi’ universiti. Antaranya adalah sikap calon sendiri yang menjauhi fanatik, sentiment kepartian yang melampau dan rasa taksub serta meletakkan kepetingan umum mengatasi kepentingan kumpulan selagi mana dasar perjuangannya membenarkannya. Penulis secara peribadi kurang bersetuju dengan kenyataan beberapa pihak yang mendakwa mahasiswa tidak matang sekiranya terpengaruh dengan idea-idea politik di luar. Berpijaklah di bumi yang nyata,kehidupan kampus bukanlah selama-lamanya. Politik matang adalah suatu teori yang perlu difahami secara menyeluruh serta mengimbangi antara ideal dan praktikal.

P/s:Contoh politik kanak-kanak yang di depan kita hari ini dan perlu ditangani adalah sabotaj program dan gejala blackmail.Suatu isu yang wajar kita fikirkan juga adalah apakah system yang berasaskan potensi peribadi calon hari ini menghalalkan serangan peribadi lantaran pertandingan adalah antara peribadi?
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Sabtu, Ogos 6

Sejenak bersama Prof Madya Abd. Razak Mohaideen

Penglibatan dalam persatuan dan aktiviti sosial biarpun tidak memberi apa ganjaran atau balasan yang bersifat material secara semerta, namun membuka bagi penulis banyak peluang untuk bertemu dengan personaliti yang berkecimpung dalam pelbagai bidang.

Baru-baru ini, penulis berpeluang duduk semeja bersama seorang pengarah filem yang cukup produktif di Malaysia hari ini dan pensyarah di UITM Shah Alam iaitu Prof Abd. Razak Mohaideen. Beliau diundang ke UIAM untuk mengadili program AIKOL APPRENTICE,sebuah program Persatuan Pelajar Undang-undang UIAM dibawah Seketariat Pendidikan bersempena Millenium Legal Fiesta 2005 (MILLEF).

Sebelum ini penulis tidak begitu setuju dengan pendekatan yang diambil oleh beliau dalam mengeluarkan filem tempatan yang dilihat lebih mengutamakan usur komersial dan mengabaikan unsur seni dan artistik.Industri perfileman Malaysia pula lebih menjurus kepada nilai-nilai komersial sehingga mengabaikan unsur-unsur patriotisme. Elemen keuntungan dan mengambil semula modal yang dilaburkan telah memberi kesan yang lain kepada identiti sebenar masyarakat negara ini.

Menjawab persoalan penulis,beliau memiliki sebab dan pandangan yang tersendiri.Antaranya, menurut beliau secara umumnya ada dua golongan pengeluar filem iaitu mereka yang mengejar anugerah dan satu golongan lagi adalah mengejar audience.Beliau memilih yang kedua,antara sebabanya adalah kerana sebagai seorang pensyarah beliau juga bertanggungjawab untuk menluaskan pasaran dan mengkomersialkan bidang perfileman bagi memastikan pelajar-pelajarnya nanti tersedia dengan peluang pekerjaan.Bilamana memilih untuk membuat filem untuk tarikan audience, maka menurutnya berdasarkan kajian majoriti penonton filem hari ini di Malaysia adalah mereka yang berusia bawah 35 tahun.Kebanyakkan mereka adalah golongan muda yang datang ke pawagam dan mereka tidak expect sesuatu yang berat.Sebagai medium hiburan,filem untuk remaja perlulah sesuatu yang ringan dan mesejnya adalah mudah. Berbanding dengan filem yang dibuat untuk menang anugerah, mesejnya agak berat untuk difikirkan oleh golongan muda yang datang untuk berhibur.Tidak hairanlah kenapa filem seperti Sepet dan PGL kutipannya tidak balik modal.Situasi sebegini juga berlaku di mana-mana.Hal ini kerana mereka keluarkan filem dengan harapan untuk dapat anugerah dalam dan luar negara. Misalnya filem PGL yang mencecah Rm20 juta, padahal menurut Prof. Abdul Razak adalah sedia maklum bahawa kutipan filem di Malaysia paling tinggi adalah RM6 juta. Selain itu juga, sutradara filem juga membuat filem berdasarkan kemahuan penerbit filem yang terdiri daripada businessmen yang sudah tentu mementingkan keuntungan.



Respon beliau tentang filem Sepet yang penulis pernah komen dalam ruang blog ini dulu,filem itu menurutnya mendapat perhatian golongan elite yang mana sebelum ini hanya gemar menonton filem-filem luar negara.Filem ini biarpun gagal mendapat kutipan yang memberansangkan di panggung, namun aura dari golongan elite tadi menjadikan ia senantiasa mendapat liputan di media.

Bagi penulis pula filem seperti Sepet biarpun tidak menjana keuntungan, tapi cukup memuaskan hati sesetengan golongan yang memiliki agenda disebalik mesej yang ingin disampaikan.Pandangan Prof.Abdul Razak adalah lebih bersifat praktikal yang mana reflek dari realiti dunia perfileman hari ini yang begitu kompetatif.Hal ini juga mencerminkan peranan masing-masing dalam mewarnai industri perfileman negara.Bagi penulis, kedua-dua unsur iaitu artistik dan komersial ini perlu diseimbangkan. Mungkin kerajaan juga dapat memastikan industri ini tidak hanya diletakkan pada tangan businessmen semata-mata yang pasti keuntungan yang menjadi matlamatnya. Filem sebenarnya ada peranannya dalam membina masyarakat dan mencerminkan wajah bangsa. Maka aspek nilai perlu diutamakan, biar pun filem itu bersifat simple atau komplikated, mesej secara lansung atau tersirat, namun aspek nilai perlu diutamakan.

P/S: Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjaya AIKOL APPRENTICE THIRD TASK,esp komiti dibawah teraju Sis Noranisa Anuar sebagai programme manager, Central Comittee MILLEF. Kepada semua peserta AIKOL APPRENTICE, ingat it is whether you make a history or you become history!
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Srikandi Inspirasi (The Unsound Heroin)


Selepas pemergian King Fahd as-Saud,umat Islam sekali lagi diberitakan dengan kematian seorang lagi tokoh Islam yang tidak pernah jemu beramal untuk umah.
Mendapat berita kematian Zainab al-Ghazali pada 3 Ogos yang cukup menyedihkan, teringat lagi penulis pernah membaca bukunya berjudul "Hari-hari dalam hidupku" atau "Aiyam min hayati" sebanyak lebih 3 kali, pertama kali ketika tingkatan 3 di sekelah menengah.Setiap kali membacanya pasti bertambah semangat untuk meneruskan amal untuk Islam dan keadilan.Tentang namanya,pada asalnya laqab yang digunanya adalah Zainab al-jubaili, namun selepas bermimpi berjumpa Rasululullah dan Saidina Ali ketika dipenjarakan oleh Rejim Jamal Abdul Naseer, dia menukar laqabnya kepada al-Ghazali iaitu salah seorang datuknya kerana nama itulah yang dipanggil oleh Rasulullah dalam mimpinya. Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab. Antara buku karangannya adalah “Nahwa Baa’thun Jadid” iaitu Kearah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.
Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita.

Moga Allah merahmati ruh beliau.Termatrilah satu mata rantai perjuangan.
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Isnin, Ogos 1

Undang-Undang Moral: Bukan Hanya Ke atas Muslim

Bilamana membincangkan tentang isu penguatkuasaaan undang-undang moral ke atas masyarakat Malaysia, satu perkara yang sering dikaitkan adalah penguatkuasaan undang-undang Syariah yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Jadual 9.

Antara sebab yang dapat dirumuskan oleh penulis adalah:

1) Keadaan ini adalah refleks atau kesan semerta dari kes penahanan artis oleh penguatkuasa agama baru-baru ini di Lembah Klang.

2) Agama Islam sendiri yang bersifat syumul dan merangkumi semua aspek dalam kehidupan berbanding dengan agama lain di negara ini. Islam datang dengan satu sistem kehidupan yang lengkap tanpa cacat cela serta meliputi segenap aspek kepercayaan,undang-undang dan akhlak.

3) Kewujudan sebilangan kumpulan tertentu yang cuba menjadikan perlaksaan undang-undang Syariah oleh negeri sebagai kambing hitam bagi menunjukkan kelemahan aplikasi undang-undang moral terhadap masyarakat.Mereka secara terus menghighlightkan kes-kes dan menwar-warkan kecacatan serta kegagalan perlaksaan undang-undang untuk menjaga akhlak umat Islam.Tanpa mereka sedar bahawa undang-undang Islam yang ada sekarang bukanlah dilaksana secara keseluruhan disebabkan bidangkuasa mahkamah Syariah kini yang cukup terbatas.

Namun tanpa kita sedar bahawa sebagai sebuah negara yang terdiri dari masyarakat majmuk, negara kita memerlukan kepada satu kod undang-undang moral yang mencerminkan kepada nilai bangsa dan ketamadunan.Sama ada ianya bersifat dualisme seperti kini atau tunggal bukanlah persoalan utama untuk kita bincangkan. Perkara ini selaras dengan salah satu Rukun Negara yang kita sepakati bersama iatu kesopanan dan ketatasusilaan.



Sebagaimana yang sedia kita ketahui,wujudnya undang-undang itu sendiri secara asasnya bermula dari satu sistem untuk memelihara moral dan sistem hidup manusia. Namun kesan pengaruh barat yang bersifat sekular memisahkan antara undang-undang dan moral yang lebih dianggap sebagai sebahagian daripada unsur agama yang perlu disisihkan.Cukuplah agama berada di suatu sudut yang dinamakan undang-undang personal.Hal ini cukup eroni dengan bangsa kita yang meletakkan agama pada suatu kedudukan yang tersendiri dan menjunjung nilai ketimuran dalam kehidupan.

Kewujudan sistem moral yang jitu tanpa penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan perlaksaannya sama sekali tidak akan berkesan.Penguatkuasaan undang-undang tidak dinafikan bukanlah jalan tunggal untuk memelihara moral masyarakat,namun kewujudannya cukup melengkapkan konsep pull and push. Pendidikan mampu bertindak sebagai agen yang penarik dalam melahirkan kesedaran moral dalam jiwa individu. Lihatlah bagaimana sejak dari kecil lagi kita diajar bahawa solat itu wajib, namun betapa ramai umat Islam yang tidak mengerjakan solat natijah daripada tiadanya penguatkuasaan undang-undang.Islam telah menggariskan bagaimana mendidik anak-anak untuk menunaikan solah sedari kecil dan di sana ada unsur pendidikan melalui hukuman. Gejala yang sama juga berlaku dalam hal mengeluarkan zakat yang semua dimaklumi antara rukun Islam yang lima.Apa yang tinggal hari ini adalah seruan ke arah mengeluarkan zakat iaitu amar ma'ruf namun tiadanya nahi munkar sebagaimana berlaku pada zaman sahabat.

Penulis dengan penuh hormat tidak bersetuju dengan pandangan Dr Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa hukuman ke atas orang yang meninggalkan solah tiada dalam Islam kerana ianya bersifat personal dan Islam menghormati hak-hak peribadi. Memang benar Islam menghormatati hak privacy, hal ini jelas di dalam Al-Quran tentang larangan mengintip. Namun dalam hal ini solat adalah tiang agama, ia membezakan antara kafir dan mukmin. Rasulullah juga pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang tidak sembahyang.



Barangkali kita juga dapat mengambil iktibar dari buku dari barat yang berjudul Lord of the Flies karya William Golding bagaimana nasib kanak-kanak yang hanya berpegang teguh pada nilai moral tanpa penguatkuasaan undang-undang. Mereka akhirnya bertukar menjadi individu yang kejam dan masing-masing cuba untuk berkuasa serta menjaga kepentingan peribadi.Tiada undang-undang dapat menghalang mereka sebab pada hakikatnya tidak wujud lansung undang-undang.

Menyokong sepenuhnya pendidikan sebagai salah satu kaedah memelihara moral.

Penulis juga percaya disamping undang-undang, pendidikan sememangnya ruang yang efektif untuk memelihara moral masyarakat. Sepertimana yang disebut awal tadi, perlu ada konsep 'push and pull' dalam usaha ini. Sebagaimana dalam Tarbiah Islamiah, di sana terdapat kaedah tarhib dan targhib. Kaedah yang seimbang berperanan bagi menimbulkan kesedaran dan pada masa yang sama menanam rasa malu sebagai benteng terakhir sebelum melakukan perbuatan yang bertentangan dengan moral.Sebagaimana dengan sabda Rasulullah SAW: "Jika kamu tidak malu,buatlah apa yang kamu ingin".

Undang-undang juga berperanan sebagai menjaga maslahat masyakat secara umum.Hal ini kerana tidak semua individu yang melalui proses pendidikan memiliki kesedaran yang sepertimana yang dimatlamatkan oleh dasar pendidikan.Hal ini kerana manusia bukanlah seumpama program komputer yang boleh diaturcarakan dengan mudah dan tepat. Bahkan Komputer pun bisa diserang virus yang menerencatkan fungsinya, apatah lagi manusia yang diciptakan dalam hati yang berbolak-balik dan iman yang meningkat dan menurun.Pendidikan pula bukan satu kilang yang boleh menjamin setiap produknya dikeluarkan memenuhi piawai yang ditetapkan.



Penulis setuju dengan dengan pandangan Datin Paduka Marina Mahathir bahawa ibu bapalah yang sepatutnya dipertanggungjawab bila mana anak-anak masih di luar rumah bila larut malam.Masyarakat memerlukan kepada pendidikan kepada ibubapa atau parenting education. Walaubagaimana pun, jika berfikir secara tuntas dan praktikal dengan realitinya hari ini, bagi golongan atasan atau sederhana mungkin ibu bapa berkemampuan untuk mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Bagi yang berada dan ada pembantu, ibu-ibu tidak lagi perlu masak dan membasuh dan bekerja untuk menampung pendapat keluarga. Namun bagi yang kurang berada, kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja hingga lewat malam bagaimana pula? Inilah hikmahnya penguatkuasaan undang-undang yang lebih bersifat menjaga maslahat umum.Benarlah Islam itu datang membawa rahmah ke seluruh alam.Jangan hanya fikirkan kepentingan atau ketidakperluannya pada satu golongan sahaja. Dari sudut hukumannya pula,ianya boleh difikirkan dan dirunding bersama secara musyawwarah kerana yang pentingnya adalah perkara pokok kita menyokong penguatkuasaan undang-undang moral untuk semua. Dalam Islam juga boleh dikatakan perkara yang berkait dengan akhlak ini berada dalam perkara takzir yang mana pemimpin berhak memutuskan kaedah hukumannya.

Kita kembali kepada perkara pokok bahawa penguatkuasaan undang-undang moral amat penting dalam membina sesebuah negara. Bentuk perlaksanaanya pula boleh dirunding dan usah jadikan kegagalan pengurusan dalam mahkamah Syariah sebagai kayu ukur penguatkuasaan undang-undang moral secara total. Penekanan pada isu tersebut hanya memburukkan lagi impressi non-muslim terhadap hukum-hakam Islam dan juga bukanlah menjadi hajat kita untuk mengenakan undang-undang moral sebegitu ke atas mereka. Penulis yakin di luar sana, terdapat ramai non-muslim yang berkehendak akan undang-undang bagi menjaga dan memelihara anak-anak mereka agar tidak leka dan larut dengan pelabagai makar yang datang secara pakej dengan permodenan dan kemajuan.

Zainah Anwar dari Sister In 'Islam'

{Respon penulis selepas menghadiri Simposiom Undang-Undang Kebangsaan ajuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIAM dengan kerjasama Yayasan F r i e d r i c h N a u m a n n di Hotel Nikko pada 30 Julai 2005. Antara penyampainya adalah Prof. Dr Abdul Aziz Bari (UIAM), Prof Dr.Saleem Faruqee (UITM),Yng Berbahagia Dr Uthman el-Muhammady (ISTAC),Bro Malik Imtiyaz (Lawyer),Puan Syamrohayu (UIAM) dan Cik Zainah Anwar (SIS)}


P/S: Well done to the programme manager, Bro Ilham,Sis Fad,Bro Abang,Bro Radziq,Bro Razlan and etc for that a successful event.What a great well job! I alwayz believe tat everyone is able to constribute sumthin to society and kuliyyah by their own ways...mabruk

Ma3assalamah wa ilalliqa
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)