Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Sabtu, Julai 23

Mahasiswa dan Ratu IPT

Semester 2005/06 bermula pelbagai ragam dan gelagat mahasiswa yang dapat ditemui. Bagi yang terlibat secara lansung dengan society, semester ini paling menyibukkan. Namun paling mengejutkan dan menarik perhatian adalah program dibawah ini:




Antara banner yang terdapat pada sebuah website

Dalam kesibukan belajar, program yang lebih bersifat ilmiah dan menggilap potensi serta bakat, rupa-rupanya ada jugak kecenderungan mahasiswa untuk menjadi ratu cantik.Adakah program picisan sebegini cukup crucial untuk diadakan.

Perlukah mahasiswa kepada program sebegini?

Mahasiswa kini kadang-kadang dilihat seolah-olah hilang arah,kita tidak menafikan akan kepentingan mahasiswa untuk memenuhi setiap lapangan kerjaya, namun kita perlu kenalpasti apa yang perlu dibuat kini dan di mana perlu kita berada.Tinggalkan lah ruang untuk mereka yang tidak berkesempatan atau tidak mampu untuk melangkah ke menara gading menggunakan kelebihan mereka.



Penulis setuju dengan pandangan Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim, selepas perlaksanaan sistem semester di universiti,mahasiswa seolah-olah hilang critical thinking apabila pembelajaran lebih menumpukan kepada peperiksaan semata-mata atau exam oriented.Mereka tidak lagi berpeluang untuk memahami dengan mendalam kursus yang diambil, lantas gagal menghayati falsafah disebaliknya.Maka, akhirnya mereka beralih arah kepada sesuatu yang lebih sensasi dan glamour yang bersifat santai dan mengujakan .Pemikiran yang bersifat intelektual gagal dijana dalam diri mahasiswa, lalu mentaliti mereka hampir sama dengan masyarakat sivil yang lain.Mereka menjadi mangsa hedonisme barat dan teruja dengan dunia hiburan.Masyarakat sivil merujuk salah satu komponen dalam kerangka masyarakat yang mana terdiri daripada 3 golongan iaitu politikus,pedagang atau businessmen, dan masyarakat sivil.Terdapat juga definasi lain masyarakat sivil yang merujuk kepada masyarakat madani.Dalam tulisan ini penulis mengambil definasi yang pertama.

Jesteru, hari ini kita dapat melihat mahasiswa tidak ubah seperti masyarakt sivil yang lain yang terhimpit dan menjadi mangsa dua golongan yang dominan dan berpengaruh. Golongan peniaga sudah tentu meletakkan keuntungan sebagai matlamat selaras dengan konsep asas ekonomi,meminimakan modal dan memaksimakan keuntungan.Pelbagai cara dilakukan untuk menarik pengguna yang terdiri daripada masyarakat sivil termasuk mahasiswa,satu cara yang dilihat berkesan kini adalah melalui dunia hiburan yang penuh dengan sensasi dan glamour.Jual produk kopi pun kena ada artis.Segalanya perlu sensasi biarpun kualitinya entah ke mana.Golongan politik juga tidak kurang juga peranannya untuk mendominasi masyarakat sivil khususnya mahasiswa.Sebagaimana teori kerangka masyarakat sosial, matlamat mereka adalah undi dan kelansungan untuk berkuasa. Maka hilanglah kebebasan mahasiswa untuk mengusulkan lontaran buah pemikiran secara telus dan bebas dalam memainkan peranan sebagai jurubicara masyakat sivil yang lain dan gagal berfungsi untuk check and balance. Mahasiswa diletakkan di persimpangan dilemma samada memihak kepada satu pihak atau jika tidak dianggap sebagai pembangkang.Hanya ada dua jalan.Tiada lagi istilah neutral dan jalan tengah.

Berbalik kepada mentaliti mahasiswa kini,berdasarkan teori yang kerangka masyarakat tadi, mahasiswa bukan sahaja gagal untuk mendepani masyarakat sivil yang lain seperti golongan pekerja dan petani bahkan mahasiswa pun kini sebahagiannya telah larut dalam dunia fotamorgana yang dicipta oleh 2 golongan yang disebutkan tadi.Mahasiswa kini "ghiyabatul ahdaf", hilang arah tuju.Fokus perlu dikembalikan kepada usaha-usaha pembentukan intelek, pengilapan potensi dan bakat, pembinaan syakhsiah dan jatidiri.Secara umumnya penulis cukup setuju dengan Falsafah Pendidikan yang pernah di war-warkan dulu, biarpun diusulkan oleh ahli politik, namun ia sebenarnya digagaskan oleh para cendikiawan yang pakar dalam arena pendidikan.Hal ini diperolehi ketika menghadiri sebuah Konvensyen Mahasiswa Nasional yang pernah diadakan beberapa tahun dahulu di Pusat Belia Antarabangsa.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memeperkembang potensi individu secara mennyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertang gungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negara.




Pada masa yang sama, mari kita dalami dan fikirkan tindakan pertama dalam usaha melahirkan Melayu Glokal yang baru sahaja diutarakan dalam Persidangan Agung UMNO oleh Datuk Seri Najib Tun Razak:

Menjana Melayu Glokal Melalui Ilmu dan Pendidikan

Antara petikan ucapan beliau:

"Seperti yang kita semua maklum, YAB Presiden telah meletakkan usaha membina modal insan sebagai agenda teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan."

"Ini kerana, kita yakin dan percaya, pendidikanlah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti modal wang, modal teknologi, modal bangunan tidak mungkin sempurna dan kamil jika tidak ditunjangi dengan modal insan".

"Dasar pendidikan yang terancang juga membentuk insan yang sempurna dan seimbang. Ibaratnya, jika laut yang luas itu pasaran kerja yang serba mencabar, sementara sistem prasekolah pula umpama mata air yang jernih di hulu sungai, maka eloklah perjalanan air dalam sungai berliku itu jernih hingga ke muara"

Beliau meletakkan pendidikan sebagai tindakan yang pertama berdasarkan kepada keperluan negara dan bangsa. Kedua-dua,Falsafah pendidikan negara dan gagasan tindakan melahirkan Melayu Glokal menyebut tentang melahirkan insan yang seimbang.Namun bagaimana untuk mencapainya merupakan perkara yang subjektif.Masing-masing ada penafsiran dan cara yang tersendiri.Natijahnya, mungkin ada yang memandang Ratu IPT sebagai suatu yang positif.

Namun yang pasti, Ratu IPT itu hanyalah satu dalam seribu contoh program yang tidak relevan untuk para mahasiswa.Cuma yang menarik perhatian adalah apabila ia disandarkan kepada intitusi pengajian tinggi, biarpun sebenar mahasiswa dengan gampang(mudah) boleh mendapat pelbagai program yang tidak relevan dan mengujakan di luar IPT.Walau bagaimanapun, jadikanlah IPT sebagai satu medan yang kondusif untuk kita menajamkan fokus dalam menjana intelek dan keperibadian yang lebih matang dan berwawasan.




-Ma3assalamah wa ilalLiqa'-
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Sabtu, Julai 9

Zikrayaat Rehlah Fie Thalabil ilmi - Kembara Ilmu In Memory (Part 2)


Atas penerbangan Saudi Airline, selepas melalui miqat


Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Ummul Qura


Istana King Fahad di atas bukit


Perjalanan ke Madinah


Di hadapan Masjidil Haram
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Jumaat, Julai 8

Zikrayaat Rehlah Fie Thalabil ilmi -Kembara Ilmu 2005 In Memory (Part 1)


KLIA


Peninggalan Gunung berapi Di Madinah


A little boy di Madrasah Bushra


Perpustakaan Fakulti Syariah Universiti Ummul Qura


Masjid Quba


Jabal Uhud dan Makam Syuhada, Madinah


Shaikh Sulaiman As-Salumi


Rehlah ila Madinah


Peserta Rehlah


Atas flight Saudi Airline, perjalanan pergi dari KL


Taif, macam Wetland laa
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Rabu, Julai 6

Mengunjungi Sheikh Sa'ud' Ash'Shuraim.....(Face To Face With The Imam of Masjid al-Haram)

" قل أمنت بالله ثم استقم "

Alhamdulillah, Allah beri peluang dan ruang
Untuk bertemu dengan peribadi gemilang
Sheikh Saud Ashu-Shuraim Imam terbilang
Memberi wasiat untuk bekalan hari mendatang


Detik yang kami nanti tiba akhirnya,dapat bertemu dengan Sheikh Ash-Shuraim, salah seorang Imam Masjidil Haram, beliau adalah Penasihat Maktab Ta3awuni wal Jaliat yang mengajurkan program yang kami ikuti. Pada hari sebelumnya, penulis agak sedih kerana hanya dapat berkunjung ke Majma' Imam ad-Da'wah di Awali, diasaskan oleh Sheikh Abdul Rahman as-Sudaisy, tetapi kami tidak berpeluang bersua dengan beliau. Hanya adiknya sahaja yang mengimamkan solat maghrib kami di sana.

Rupanya,sebagaimana perancangan Allah di dunia yang tiada ruang untuk kebetulan ini, kami dipertemukan dengan Sheikh Syuraim di pejabatnya di Qism Syariah, Universiti Ummul Qura di mana beliau adalah Amid atau dekan fakulti tersebut. Pertemuan yang biarpun sebentar namun cukup bermakna, kami meminta beliau memberi wasiat kepada kami,itulah tradisi ilmu thalibul ilmi bila bersua dengan alim ulama.

Pendek sahaja ucapannya, dan antara kalam yang paling tersentuh dan penting bagi penulis adalah,""قل أمنت بالله ثمم استقم "(Qul Aamantubillah Tsumma Istaqim)..itulah ucapan yang pernah dilafazkan oleh Rasulullah saw..kepada sahabat yang pernah bertanya Rasulullah tentang Islam,..Maka sabda baginda.Qul Amantu billah tsummastaqim...(katakanlah Aku beriman kepada Allah dan istiqamahlah).

Hadis tersebut terdapat dalam Hadis Empat Puluh (Matan Arbain An-Nawawi)iaitu hadis yang keduapuluh satu:

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : 'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "

Seruan untuk beriman dengan Allah dengan Aqidah yang sejahtera dan seterusnya tsabat atas jalan tersebut..istiqamah adalah tsabat jalan yang diperintahkan oleh Allah..sebagaimana firman Allah swt..(فاستقم كما امرت)..yang menjadi motto Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Dikata Rasulullah saw telah tumbuh uban bilamana diwahyukan ayat ini(wallahua'lam)


Sesungguhnya istiqamah
memberi signifikasi dalam Islam, kalimah yang mudah disebut tapi menuntut kepada mujahadah yang lahir dari dalam.Istiqamah dgn aqidah yang suci dengan memelihara dari perkara syirik dan khurafat,istiqamah dengan syariah Allah seperti mana yang dibawa oleh Rasul-Nya,tanpa sebarang pengurangan,penambahan dan penyelewengan.Istiqamah dengan Akhlak yang mulia dan berhubung dengan manusia dengan rahmah.

Moga Allah berikan diri kita kekuatan untuk terus tsabat istiqamah di jalan-Nya
"يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك"

P/S:Penulis sengaja letakkan bacaan fatihah Sheikh Shuraim pada blogspot kerana dalam bacaan tersebut beliau menangis dgn terisak-isak,beliau sebenarnya tidak seperti Sheikh Sudais yang memang terkenal dengan menangis ketika solah.Barangkali ketika itu ada sesuatu di mindayang tidak dapat dikawal olehnya dari menangis..:)
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)