Truly Face Of Umma In The Holy Terra Firma
(Wajah Umah Di Rumah Allah)
Menjejak kaki pertama kali ke dalam Masjidil Haram cukup menyentuh hati,penulis melalui masuk Bab King Abdul Aziz, dari jauh dapat kulihat binaan yang selama ini diidam-idamkan, binaan yang saban hari, lima waktu dihadapkankan wajah, rasa ta’zim kepada Tuhan tak dapat digambarkan, tanpa sedari airmata berlinang jatuh ke kain putih ihram.
Setelah beberapa hari, diamati Baitul Atiq dan Masjidil Haram,terasa kebesarann-Nya,lantas merenungi makhluk-nya pula, kesimpulan mubasyarah terlintas jauh di minda, rumah Allah ini adalah gambaran reflek kepada wajah umah hari ini. Biarpun al-haram ini di Bumi Saudi, namun pelbagi rupa umat Islam ku temui di sini, pelabagai warna, rupa, bahasa, ragam, sifat, mazhab fiqah dan macam-macam lagi, Penulis kira rakyat Saudi yang berada di sekitar al-Haram ini tidak sampai 75 peratus, menjadi rakyat Saudi pula belum tentu asalnya dari sini, ada yang nenek dan datuk mereka bersal dari negara lain,Hal ini adalah natijah daripada polisi kerajaan Saudi ketika dulu yang agak longgar memberi kerakyatan.Tidak hairanlah terdapat peribadi yang berwajah Melayu tetapi bertutur bahasa Arab tanpa memahami bahasa melayu.Rahsia terbongkar apabila nasab yang digunakan menunjukkan dari mana asal mereka, misalnya, Mushrif kami, seorang Pegawai Maktan At-Ta’awuni wal Jaliyat bernama Syarif Al-Balusyi, nasabnya dinisbahkan kepada Balucistan di Pakistan. Begitu juga nasab seorangt Pegawai di Saudi Airline di Tan’im,al-Filfilani iatu nasab bagi orang bersal dari Pulau Pinang, bagi orang yang bersal dari kedah pula Qadah.
Perbezaan paras rupa bentuk fizikal adalah bukti kebesaran Tuhan, begitu juga dengan kepelbagaian ragam. Ragam yang terlontar adalah reflek dari pada budaya dan ilmu dari temapat masing-masing. Misalnya jemaah umrah yang berasal dari India dan Pakistan. Disebabkan di sana berlaku pelbagai khurafat dan bid’ah, seperti pemujaan kubur-kubur wali dan juga terbawa-bawa dengan amalan karut dalam agama Hindu di sana, maka mereka tidak segan silu untuk amalkan perbuatan pelik yang dianggap sebahagian dari agama. Masih teringat lagi ketika berada di hadapan multazam,dimana seorang lelaki India membawa seberkas biji tasbih lalu digeselkan di dinding ka’bah, satu demi satu. Begitu juga ada yang mencium cermin pada maqam Ibrahim dan rukun Yamani, sesungguhnya yang menjadi sunnah adalah mengucup Hajarul Aswad sahaja sepertimana yang terkandung dalam athar dari Saidina Umar al-Khattab RA, pada rukun Yamani hanya disunnatkan mengusap sahaja tanpa mengucupnya. Adalah menjadi amalan rasul dan sahabat untuk bergantung di Multazam iaitu antara Hajarul Aswad dan pintu Ka’bah, namun tidak di tempat lain. Namun apa yang berlaku, setiap sisi ka’abah di jadikan tempat untuk bergantung dan tempat untuk dicium dan diusap. Mujurlah ada pegawai-pegawai Haiah yang cukup penulis kagum dan hormati, biarpun mereka kelihatan tegas, namun jasa mereka menegur jemaah dari melakukan amalan khurafat wajar dipuji dan disanjung, biarpun selalu mendapat cacian dan kejian oleh mereka yang jahil. Semoga Allah membantu dan memberi kekuatan kepada mereka untuk terus tsabat di jalan itu bagi menjaga aqidah ummat Islam. Itulah wajah Aqidah umat Islam kini, disebabkan kejahilan mereka terperangkap dalam amalan-amalan bid’ah dan khurafat, mereka beriman akan Tuhan yang satu, mereka ikhlas dalam mengerjakan perbuatan itu, namun syarat yang kedua dalam ibadah selepas ikhlas iaitu ittiba’ Rasul tidak dipenuhi, mereka terjebak dalam menggunakan aqal yang dangkal untuk melakukan amalan. Jika tidak dibetul amalan syirik dan khurafat itu,tiada bezalah dengan Arab jahiliyah dahulu, mereka beriman dengan tuhan tetapi mereka enggan beriman dengan nabi dan mengikuti ajaran baginda. Mereka menjadikan berhala-berhala pengantara yang setara dengan Tuhan yng Esa. Seandai di Makkah Darul Tauhid ini pun berlaku perkara sebegini, bayangkanlah betapa seriusnya masalah ini seantero dunia Islam.Sebagai contoh terdekat di negara kita, berapa ramai dikalngan muda-mudi yang percaya dengan bintang zodiak, ada pula yang percaya dengan batu-batu cincin yang boleh beri manfaat ghaib kepadanya seperi dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh. Begitu juga amalan yang bercanggah seperti meletakkan bunga pada Tugu negara dan membiarkan orang menyembah kubur seperti yang berlaku di makam Mahsuri, kita pun tidak pasti siapa sebenarnya mahsuri samada dia seorang yang soleh atau pun tidak. Kalau kubur para wali pun kita tak dibenarkan bertabarruk, apatah lagi orang biasa.Penulis juga pernah melihat perbuatan orang merendam tasbih dari Mekah dalam gelas kemudian diminmnya untuk tujuan perubatan. Seandainya ianya selari dengan kaedah perubatan, mungkin bolehlah diterima, tetapi masalahnya biji tasbih itu tiada apa-apa pun kuasa atau khasiat penyembuh. Bahkan kekadang biji tasbih yang dijual di Mekkah pun diimport dari China dan Thailand. Lainlah jika fadhilat perkara tersebut disebut dalam Al-Quran dan Hadith, seperi kelebihan air Zam-zam dan habbatus Sauda’.Seandainya ilmu perubatan modern tidak mengakuinya, yakinlah ia tetap betul dan tidak boleh diingkari.misalnya hadis tentang sayap lalat yang mana ada pihak yang mempertikaikannya. Namun itu hadis shahih.Wajib kita mengimaninya, anggaplah kajian manusia belum menemui hakikatnya kerana ilmu sains manusia masih terbatas, ilmu manusia yang hanya ibarat setitis air dari lautan samudera yang luas.
Cukup memanaskan darah muda ini apabila melihat ada yang bergaduh di hadapan baitul ‘atiq, yakni Ka’bah. Dua-dua leleki itu berbangsa Arab, kiranya dari raut wajah salah seorangnya seperti orang Mesir.Entah apa sebabnya mereka bergaduh,tidak ingin diketahui kerana tidak penting bagi penulis, yang penting teriak suara mereka mencemari ketenangan masjid suci ini dan cukup mengganggu orang lain yang sedang beribadah. Ini tanah Haram, haram untuk sebarang peperangan, tergamak pula mereka untuk tidak bersabar dengan kesalahan picisan itu. Setelah selesai tawaf sunat itu dan solat di belakang maqam Ibrahim, terlintas di fikiran tentang peristiwa tadi, cuba dibangdingkan dengan apa yang berlaku kini tentang kesatuan umat Islam dewasa kini, sesama Arab pun kesatuan masih jauh disebabkan teras yang salah iaitu nasionalis yang menebal. Teringat lagi apa yang berlaku pada persidangan Liga Arab beberapa tahun yang lalu di mana berlaku pertengkaran antara wakil dari Libya dan Arab Saudi hingga kemuncakknya salah seorang mereka mengejek pihak yang lagi satu dengan kalimah “qurud” iaitu monyet. Bayangkan, mereka yang terdiri dari pemuka dan pemimpin negra bertindak demikian dalam majlis yang terhormat. Bangsa Arab hanya pernah bersatu di bawah kepimpinan Rasul Allah dan khulafa’ Ar-Rasyidin, namun selepas itu perpecahan melanda lagi seperti ketika jahiliyah. Dulu mereka bertelagah untuk mencari orang yang layak untuk meletak hajarur Aswad, mereka bertelagah hanya kerana seekor unta, bahkan mereka bertelagah dalam mencari orang yang sesuai untuk membunuh Rasul hingga datang Iblis memberi idea yang ternyata gagal juga akhirnya.Kemudian mereka bertelagah untuk merebut kuasa politik,dan kini bertelagah disebabkan fahaman politik dan pengaruh kuasa barat yang berbeza-beza dalam diri mereka. Jelaslah, kesatuan Arab takkan berlaku atas dasar kebangsaan Arab seperti yang di war-warkan oleh sebahagian pemuka Arab, misalnya mereka yang memperjuangkan idea-idea parti Baath. Mereka menyeru kearah kesatuan Arab tanpa mementing agama. Walhal, mereka lupa, bangsa Arab hanya pernah bersatu atas dasar iman dan aqidah yang satu. Ashabiyyah Arab hanya akan merugikan mereka sendiri. Mereka tinggalkan al-Quran, maka natijahnya lihatlah bagaimana mereka sendiri tidak fasih dengan bahasa Arab. Sepatutnya bahasa yang satu memudahkan mereka bersatu, tetapi sebaliknya mereka bangga dengan dialek negara masing-masing. Barat bertepuk tangan dengan situasi ini kerana kegagalan memahami Bahasa Arab Fusahah yang merupakan syiar Islam seperti kata Hassan al-Banna menjadikan mereka jahil dengan isikandungan Al-Quran. Biarpun Al-Quran dalam bahasa Arab, ramai di kalangan mereka yang tidak boleh membaca dan memahaminya, apatah lagi untuk beramal denganya.Kita lihat akhirnya mereka terpengaruh dan memperjuang dengan idea barat seperti sekular dan sosialis.
Meninggalkan pertelingkahan Arab, di luar masjid berkeliaran pengemis-pengemis wanita mengendung anak kecil, ada juga yang kurang upaya, begitu juga kanak-kanak. Samada menjadi pengemis atau menjaja, baju terpakai, bijian untuk makanan beburung merpati yang hidup bebas ,tisu, pakaian murah dan lain-lain lagi. Semuanya melambangkan kesempitan hidup mereka. Penulis yakin mereka adalah pendatang asing di Negara Saudi. Bertengtangan hospital Ajyadiatu jalan King Abdul Aziz, atau sekitar pintu Marwah, para pengemis terdiri dari wanita Afrika berkulit hitam, manakala berdekatan dengan hotel Hilton atau pasaraya Bin Dawood, kebanyakkan pengemis wanita ini terdiri dari India dan Pakistan. Tidak ketinggalan juga penjaja haram kaki lima yang senantisa diburu oleh penguatkuasa tempatan, atau dikenali sebagai Baladi. Penulis percaya setelah melihat sendiri dengan mata kepala bahawa di sebalik perniagaan mereka ini adanya dalang yang mengambil kesempatan atas kesempitan hidup mereka ini. Begitu juga dengan pengemis-pengemis kurang upaya, seolah kecacatan yang mereka alami itu bukanlah sejak lahir tetapi akibat kecederaan kekal. Jika dibandingkan kecacatan antara mereka pun agak sama. Tidak kurang pula penyeluk saku yang berada disana sini termasuk di hadapan ka’bah, diceritakan pernah berlaku kecurian ketika tawaf. Mereka menggunakan pisau kecil untuk menoreh sebahagian saku untuk mendapatkan duit. Biasalah bagi penulis tanah ini bukan sahaja bumi anbiya’ dan tapi jugak bumi tempat lahirnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Selain itu ada jugak yang menawarkan perkhidmatan membantu jemaah megucup hajarul aswad, pengalaman sendiri penulis dengan beberapa orang lelaki Indonesia yang meminta duit “hadiah” dari seorang pak cik dari Brunei setelah membantunya mengucup Hajarul Aswad. Memanglah bagus membantu orang lain untuk mengucup Hajarul Aswad kerana kesesakan cukup terasa jika ingin mengucup secara seorangan terutama bagi orang Asia Tenggara yang bertubu kecil, tapi di sana ada unsur tidak jujur, menurut pakcik tersebut, pada mulanya mereka hanya menawarkan untuk membantu tapi kenapa selepas itu mereka mengekorinya serta menuntut apa yang dikatakan “hadiah ikhlas”.Semuanya kerana didorong oleh kesempitan hidup Di bumi ini kemiskinan umat jelas terpancar dan itulah hakikat negara umat Islam kini. Kegemilangan Islam dulu yang mana kemakmuran melimpah ruah hingga dicerita pernah berlaku suatu masa harta zakat untuk asnaf fakir hampir tiada. Tapi kini airmata berebut-rebut untuk mengalir dalam perjalanan ke Masjid saban subuh tatkala melihat para pengemis tadi tidur dikaki-kaki lima. Berbanding pula dengan bahagian dewan solat di tingkat dua Pintu King Abdul Aziz, kawasan yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin ini bisanya menjadi tumpuan golongan kaya dan bangsawan Arab Saudi.Dari pakaian biarpun berjubah putih dan berimamah namun kita masih dapat mengenali taraf hidup mereka.Setelah kejatuhan khilafah, harta kekayaan dunia Islam gagal dikongsi bersama. Menurut Sheikh Abd Rahman Ajlan, Tuan Guru di Masjidil Haram, pendapat yang rajih adalah harta zakat boleh dikelurakan kepada umat Islam di negara lain kerana umat Islam adalah suatu masyarakat.Tapi kini negara yang kaya terus menerus kaya dan meniggalkan kefakiran kepada negara miskin, bertambah malang lagi negara-negara kaya ini yang dikurniakan Allah emas hitam tidak bijak mengurus sumber, lantas mereka bergantung harap dengan tekonologi dan kepakaran serta bantuan mutlak negara maju dari Barat yang kadang-kala mengeksploitasi mereka, undang-undang dan corak pentadbiran ditentukan Barat. Apakah barat akan redha jika negara-negara Islam ini kembali berpegang kuat kepada Islam dan membina kekuatan kesatuan sesama Islam, pastinya tidak. Umat Islam hanya akan bersatu apabila adanya isu yang besar, namun ianya bersifat sementara. Lihatlah bagaimana OIC yang ditubuhkan, antara matlamat yang digagaskan pada persidangan yang pertama adalah untuk membebaskan Palestin, tetapi apa hasilnya hari ini?
Bukanlah tujuan penulis untuk menwar-warkan keburukan kota suci ini, tapi ini adalah suatu hikmah Allah paparkan untuk kita semua bagi menginsafi akan keadaan umat Islam kini, saban tahun umat Islam tidak putus-putus menjejakkan kaki kesini, disebalik keizzah Baitul atiq, wajar untuk mereka meneliti wajah umat Islam kini yang ibarat ombak kepenatan. Sesungguhnya bumi ini bumi Suci, kita tak perlukan kepada cerita-cerita pelik untuk menunjukkan kehebatannya, cukuplah kita cerita tentang keberan yang ada padanya. Sesungguhnya penyebaran cerita pelik memberi impak buruk, antaranya, pertama, menakut-nakutkan orang untuk ke Mekah terutama bagi mereka yang baru sahaja insaf dari kesalahan-kesalahan yang lepas.Kedua, ianya akan menjadi hujjah kepada ahli ma’siat yang datang ke Mekkah tetapi tidak diuji dengan perkara pelik, maka dia akan semakin yakin dan percaya bahawa amalan ma’siatnya itu betul dan Allah redha. Misalnya orang yang berkata, “I menyanyi di disco dan dedah aurat untuk mencari rezeki buat keluarga, dan bila pergi Mekkah tidak ada apa pun yang berlaku. Allah tahu niat saya ikhlas you”. Hentikanlah penyebaran cerita-cerita pelik itu, tapi banyakkan cerita tentang kelebihan Baitullah al-Haram seperti mana yang telah dikhabarkan oelh Allah dan Rasul-Nya.
-To be Continued-

(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)