Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Khamis, Mei 12

Road to Mecca III

Akhirnya, apa yang dirancang, diusahakan dan didoakan alhamdulillah dimudahkan Allah SWT, seandainya tiada aral melintang, kami sekumpulan akan mengatur perjalanan ke Bumi Haram pada hari Ahad, 15 hb Mei jam 5.10pm dari KLIA dengan menaiki penerbangan Saudi Airline. Secara peribadi penulis cukup terhutang budi kepada ketua kami, atau pengarah program ini al-Akh Ismail Sabri atas segala usahanya selama ini kadang-kadang berseorangan dalam memastikan program ini berjalan lancar. Terima kasih atas kesabaran menghadapi pelbagai kerenah manusia termasuk kami sendiri yang bermacam ragam.Moga Allah mudahkan urusan kita sepertimana yang di rancang..Moga Allah memberi kita petunjuk dan memperlihatkan kita akan hikmah-hikmah yang tersirat disebalik apa yang berlaku.Penulis sendiri akan bertolak dari Airport Alor Star pada jam 8.45 pagi pada hari yang sama, maknanya setibanya di KLIA penulis terpaksa menghabiskan waktu selama beberapa jam, mujur ada Wan Adam, kami sudah janji untuk datang pada masa yang sama..

Sudah menjadi adat untuk kita memohon maaf dan melangsaikan hutang-hutang bilamana kita ingin bermusafir, bagi bonda penulis..semua saudara mara yang berumur perlu diziarahi terutama, seorang wanita yang kini uzur yang dulunya merupakan orang yang mengajarku alif ba dan ta...

Buat teman-teman, maaf dipinta atas segala kesilapan dan kesalahan samada yang disengajakan atau pun tidak, andainya apa-apa yang berlaku terhadap penulis..maka tampillah bertemu dengan waris penulis di Perlis seandainya antara kita ada hutang yang belum dijelaskan. Buat teman-teman, jakallahhukhairan jaza'

Sepanjang berada di Mekah, kemungkinan besar blog ini tidak akan diupdate, namun insya-Allah penulis akan abadikan catatan peribadi penulis sepanjang di sana sekembalinya nanti.

Doakan kami semua di sana...b/p: Akhi Ismail Sabri,Akhi Syahir, Akhi Wan Adam , Akhi Hamidullah,Akhi Sayuti, Akhi Ubaidillah, Akhi Nazaruddin
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Khamis, Mei 5

Education Secretariat LAWSOC and Me

Lebih sesemester setelah diundi dan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Sekatariat Pendidikan, Persatuan Pelajar Undang-Undang UIAM, biarpun masih baru dipertengahan tenure, namun pelbagai pengalaman baru dan cabaran yang telah dilalui. Kini penulis sedang bercuti sementara menanti hari-hari untuk berlepas ke Bumi Haram,Makkah al-Mukarramah. Terima kasih Saudari Haslina Hassan kerana sudi menggantikan tugas ketika semester pendek ini, penulis percaya dengan kebolehannya kerana pernah dulu penulis sendiri cadangkan dia untuk menjawat jawatan Co-Chaiperson untuk seketariat ini, memandangkan pada tenure yang lepas Chairpeson Edu.Secretariat ada pembantunya.

Terkenal? Biarpun gambar terpampang di depan lab dan poster LAWSOC ditampal di sana-sini, namun bukan semua yang care to look, bagi yang gemar akan aktiviti persatuan pasti menatapinya, bahkan diceritakan ada yang menampal poster2 itu di bilik.Jangan bawa jumpa bomoh sudahlah. Dari sudut negatifnya pula, kadang-kadang terasa kehidupan peribadi sedikit terancam bilamana nombor telefon dan email dipaparkan pada poster-poster tersebut. Namun, itu baru berada dalam persatuan induk fakulti, apa lagi menjadi pemimpin masayarakat dan ikon massa, sudah pasti kehidupan peribadi terhakis menjadi kian sempit. .Masa bersama keluarga dan teman taulan semakin kurang.

Ragam manusia, setelah berkecimpung dengan dunia society yang tak pernah diramal ketika di tahun 1, penulis terpaksa mengenali dan berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Berdepan dengan pihak yang wajib dihormati, mereka adalah para pentadbir dan pensyarah yang memiliki pengalaman dan ilmu yang mendalam dalam bidang masing. Tidak dinafikan juga latarbelakang pendidikan menjadi satu perkara essential yang perlu dipertimbangkan dalam usaha membina jambatan antara pensyarah dan mahasiswa. Sebagai pelajar, biar berbeza pendapat sekali pun, mereka yakni pensyarah tetap wajar dihormati.Perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan tidak lansung menghalang kita dari hormat-menghormati. Barangkali kita berbeza pada noktah ini, tapi tidak pada perkara yang lain. Bagi penulis, mohon maaf bukanlah menjadikan kita orang yang bersalah atau naif , tetapi kita memohon maaf atas perselisihan kita sebagaimana kata Imam al-Banna. Memang benar, dalam menegakkan kebenaran hujjah itu paling utama, namum ketinggian budi sebenarnya ibarat pelincir untuk manusia menerima kebenaran. Itulah dakwah Rasul, beliau membawa risalah kebenaran dengan hujjah yang kukuh dan ketinggian akhlak. Berkata benar itu pahit, menerima ia jua pahit, maka maniskan ia dengan adab berkhilaf dan akhlak yang murni.

Paling menguji kesabaran dan kewibawaan penulis adalah ketika bersama Sdr.Ubaidillah, Presiden LAWSOC menghantar memorandum untuk SEMESTER 3 dan serta mengaturkan majlis “face to face” antara Kuliyyah dan mahasiswa undang-undang. Namun alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik dan semester 3 untuk tahun ini akhirnya dibuka, mugkin untuk tenure yang akan datang, terserah samaada untuk terus memperjuangkan atau sebaliknya. Semuanya bergantung kepada keadaan samada ianya masih menuntut atau sudah tidak praktikal lagi.

Berdepan dengan teman mahasiswa jua satu cabaran yang menguji keikhlasan , kekadang ada yang merasakan bahawa seolah-olah bila mana seseoarang itu menjadi Exco LAWSOC, dia seperti bekerja di pejabat pentadbiran University, sesungguhnya tugas ini amat terhad, ianya dibatasi ruang lingkup jobscope, dan juga prority kami terhadap pelajaran merupakan lebih utama. Namun, penulis percaya itu bukanlah alasan untuk tidak mealayani dan membantu teman-teman yang datang untuk mendapatkan maklumat atau bantuan, penulis melihat jawatan ini sebagai alat memudahkan untuk diri melakukan keabaikan. Misalnya, penoreh getah secara tradisional yang memakai pisau memotong, tapi bila ada mesin khas ianya lebih mudah. Sebenarnya siapa sahaja boleh membantu teman-temannya di mana-mana dan bila-bila masa bak kata lagu CT Nurhaliza, aiyi makan,aiyi zaman, namun dengan adanya jawatan ini memudahkan penulis untuk membantu teman-teman. Maka amat rugilah andainya penulis tidak mempergunakan peluang ini untuk melakukan kebaikan dan berkhidmat untuk rakan taulan dan ummah umumnya. Tanpa jawatan ini sudah tentu penulis tidak akan dapat membantu seorang teman yang bermasalah dengan markah subjek IRKnya, dia menjadi mangsa sistem. Dengan jawatan yang kecil inilah memungkin penulis mengenali Deputy Rector (hal ehwal Akademik) UIAM dan ramai lagi orang tak mungkin akan ditemui tanpa sebab yang munasabah.

Pengalaman bersama-sama dengan teman seofis cukup menakjubkan, biarpun ada dikalangannya tidak pernah dikenali atau bertegur sapa sebelum ini. Pada diri mereka sifat terbuka dan bakat masing-masing yang sukar diramal. Keadaan ini cukup berbeza dari apa yang penulis jangkakan ketika menjadi pelajar tahun 1, tatkala melihat barisan Exco LAWSOC ketika itu , penulis kira menjadi exco LAWSOC adalah mereka yang skema and membosankan, rupanya jangkaan itu meleset. Bahkan mantan-mantan Exco yang lepas juga terdiri dari mereka yang mudah didekati. Terutama orang yang mencalonkan penulis ke jawatan ini. Baru penulis sedar, dulu penulis antara mereka yang memblokkan minda untuk menerima orang-orang society dan meletakkan pelbagai persepsi negetif terhadap mereka.Maaf kalian atas sangkaan buruk.

Bercakap tentang first impression
, impressi pertama penulis terhadap Edu.secretariat adalah membosankan, seketariat yang selama ini dipegang oleh siswi pada mulanya dianggap begitu banyak kerja. Tapi memang banyak kerja, namun tidak membosankan. Ingat lagi kata-kata penulis ketika mesyuarat pertama dengan sub-committee, penulis sedar bahawa seketariat ini agak membosankan berbanding Mooting dan Dakwah tarbiyah, tetapi mari kita sama-sama menyeronokkan dan memeriahkannya. Yang perlu adalah sedikit anjakan paradigma, alhamdulillah penulis enjoy dengan seketeriat ini yang telah bertukar ke seketariat yang kurang membosan. Program akademik tetap dilaksanakan, ditambah dengan program pendidikan softskill seperti grooming class dan yang bakal dianjurkan adalah Aikol Appreantice.

Kenapa memilih Edu. Sec?
ini sepatutnya awal-awal lagi ditulis, mungkin pada peringkat awal lagi dicalonkan untuk Education, namun penulis pernah diajak tukar suka sama suka dengan seketariat lain, namun penulis tetap tsabat biarpun minda penuh dengan bad impression, penulis ingin kelainan setelah lama terlibat dalam perkara yang sama dengan seketariat yang di offer untuk tukar ketika berada di Bumi Waqafan, sekolah lama. Walaubagaimana pun terima kasih Sdr.Rohaizat, DnT Secretariat begitu cemerlang dibawah teraju saudara.

Penulis kini cukup berminat dengan agenda dan isu-isu pendidikan, samada dalam universiti dan luar universiti.Pertemuan dengan Ustaz Ismail Umar di Sekolah Kiblah menjadikan penulis berazam agar suatu hari nanti dapat mendirikan sebuah sekolah untuk generasi muda Islam. Tiada cara lain lagi untuk kita bangun semula melainkan dengan pembangunan pendidikan yang bermanhaj dan memenuhi tuntutan zaman. Pendidikan, Pelajaran ,Tarbiyah, Ta’alim, Ta’dib. Semuanya sama biarpun tercetus dari fikrah yang berbeza. Kita tolong menolong atas perkara yang disepakati dan kita berlapang dada atas perkara yang diperselihkankan. Pendidikan untuk semua!
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)