Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Selasa, Mac 29

Sepet dan citra Melayu

Selepas pecinta-pecinta filem asyik bercakap tentang filem Sepet, penulis terpanggil untuk menontonnnya sendiri, setelah begitu lama tidak menonton filem Melayu secara bersungguh..akhirnya menonton jugak filem karya YASMIN AHMAD yang telah menggondol beberapa Anugerah antarabangsa seperti di International Festival of Women's Films France 2005, Best Asean Feature Film, 9th Malaysian Video Awards 2004..Pak Lah pun puji hingga dia kata kita perlu keluarkan banyak filem seperti Sepet

Namun apakah Sepet benar-benar memaparkan realiti masyarakat Malaysia dan Islam Hadhari yang diagung-agungkan itu? Penulis cukup kagum dengan Filem Iran sepeti Children of Heaven and beberapa Filem Thailand yang berjaya menghidangkan wajah bangsanya tanpa terkejar oleh unsur komersial seperti filem Malaysia hari ini, sudahla stereo type pastu lebih glamour pelakon dari filem...

Pada ibtida' filem Sepet, cukup mengkagumkan apabila buat kali pertama dalam sejarah filem apabila skrin dimulakan dengan khat Bismillah, perkembangan terkini dalam industri filem Islam hadhari.

Kemudian, bermulalah lagu klasik cina yang agak retro.Suasana bandar Ipoh yang digambarkan agak unik, macam tahun 80an jer, berdasarkan rumah ala kolonial, namun bila dia tunjuk suasana di pasar malam jual VCD haram, pasti masanya adalah sekarang..

Mungkin kredit untuk sutradara yang cuba untuk memaparkan suasan realiti masyarakat majmuk Malaysia, namun cukup sedih apabila penggunaan bahasa Melayu dalam filem cukup sedikit dan bahkan kadang2 tak sesuai bila bahasa Inggeris jadi medium utama dalam filem ini,sekali imbas filem ini seperti filem2 yang dibuat oleh Singapore bila mana semua orang bercakap bahasa Singlish, mandarin and kantonis..padahal di Malaysia keadaan itu masih kurang..bahasa rojak adelah..kalu yang cakap English dengan pelat Malaysia hanyalah yang agak educated atau tinggal di bandar besar, Ipoh tak tau laa.Mungkin pengarah cuba gambarkan cara masyarakat urban, tapi tak begitu sesuai bila digambarkan masyarakat melayu urban seperti Orked( nama pun kampung) senantiasa pakai baju kurung..tapi tak pakai tudung..macam zaman 80an jer lepas tuh ade ke patut orang urban asyik berkemban..filem P.Ramlee ade laa..Sti Tanjung Perak.

Babak bermesra antara ayah dan ibu Orked bagi penulis cukup keterlaluan, tak perlu adegan sebegini untuk memaparkan keintiman suami isteri, aksi kedua-dua pelakon bagi penulis cukup pelik dan asing dalam masyarakat Melayu, cuma tak tau lah kalau Sutra dara Yasmin Ahmad cuba untuk tonjolnya cara yang dia amalkan, namun itu tak mewakili masyarakat keseluruhan.

Filem Iran sebagai contoh, mereka berjaya berada diperingkat dunia dengan cara mereka sendiri,ketegasan undang-undang menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif...tak perlu gambarkan keintiman dan kasih sayang melalui sentuhan fizikal tapi banyak cara lain lagi yang boleh menyentuh hati penonton..


Dalam beberapa situasi, Yasmin turut gambarkan masyarakat Malaysia tengah tenat dengan penyakit sosial, mungkin benar ini cermin kepada realiti, namun olahan perlu lebih kemas agar ia lebih benar dari memburukkan bangsa dan negara sendiri..

Secara keseluruhan,Sepet adalah satu cubaan yang berani untuk menampilkan wajah Malaysia,namun beberapa aspek lain perlulah juga dipertimbangkan seperti perkara yang related dengan Islam..kalau sudah dipandang sentitif oleh masyarakat, maka ianya bukanlah kehendak masyarakat..

Kesimpulan, Sepet is better than filem2 Yusof Haslam..:)

p/s: Sesiapa yang memiliki cd filem Iran leh laa share dengan saya
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Sabtu, Mac 26

Nanti ibu di syurga ya!

(Dedikasi buat ibu muda yang kuziarahi)
Cuba bayangkan tatkala telah berkongsi jasad yang lewat 7 purnama..namun apa yang balasannya untuk sebuah penantian adalah hanya sekujur tubuh kaku tidak bernyawa, mungkin cuma sekelumit kesempatan 20 minit untuk mendengar tangisannya atau melihat hitam mata untuk menerjah dunia ibu dan bapanya..dunia yang tak pernah digambarkan oleh mata dan dengar dek telinga..kekadang cuma mungkin bisa ia mendengar lunak merdu suara bonda...
Pengorbanan ibu bermula dari hamil, sedari hari pertama tak mungkin mampu difikirkan oleh jiwa mudaku dari bangsa adam, namun dari riak wajah ibu muda itu,wajahnya pasrah,redha dan tabah atas ada yang ditentukan-Nya...Pengorbanan yang bisa menjadi tiket untuk ke syurga, meluru ke sana melalui gerbang syuhada,namun tidak terbayar tunai di dunia yang fana..Teringinnya dibayar dengan suara tangisan bayi manja, senyuman anak kecil yang bakal doakan ibu bapanya,jiwa muda yang akan menjulang harapan agama..Namun rupanya ianya terlangsai secara tangguh di akhirat sana..Untukmu ibu muda, cukuplah kau berpuas hati bahawa seorang anakmu telah dengan mudahnya menempah tempat di syurga,kudoakan engkau jua menyusul kesana..cukuplah kau tahu bahawa dia mati dalam fitrahnya..tentu dalam Islam yang tercinta..tak perlu lagi kau gusar dan gundah seperti kerisauan ibu-ibu lain yang takut iman anak-anaknya akan ternoda oleh makar dunia..percayalah bahawa pengorbananmu ketika hamil tiada sia-sia...anakmu menanti mu di sana....Ishbir Sabran Jamil

Sebagai selingan,hayatilah puisi Chairil Anwar,idolaku dari seberang berjudul:

SAJAK PUTIH

Bersandar pada tari warna pelangi
Kau depanku bertudung sutra senja
Di hitam matamu kembang mawar dan melati
Harum rambutmu mengalun bergelut senda

Sepi menyanyi, malam dalam mendoa tiba
Meriak muka air kolam jiwa
Dan dalam dadaku memerdu lagu
Menarik menari seluruh aku

Hidup dari hidupku, pintu terbuka
Selama matamu bagiku menengadah
Selama kau darah mengalir dari luka
Antara kita Mati datang tidak membelah...
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Jumaat, Mac 25

MUNGKIN BILA NANTI-PETER PAN

Hari nih rasa letih sangat.Esok ada exam Manahiju ad-Da'wah..memang subject tuh boleh terbakar dibuatnya..banyak benda yang tak dilaksana..rupa2nya ulama' dah gariskan banyak kaedah dalam dakwah.

Tgh bosan sebelum masuk masuk waktu Maghrib, my friend's lendin me his mp3 player..sedap gak layan lagu kat bawah nih:

PETERPAN - Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya

# Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi


Reff : Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku


Back To # / Reff


Tak usah kau tanyakan lagi
simpan saja untukmu sendiri
semua saying kau cari
semua rasa yang kau beri


P/s: Untuk Cikne, thanks for de comment...namun biar bumi, bulan and bintang itu bulat...namun kenapa erk sejak berkurun lagi bintang dilukis dengan bercabang dan bersegi.simbol bulan pula sabit biarpun sebenarnya tidak..semuanya kerana persepsi manusia...semua benda asalnya bulat dan simple namun perbezaan pandangan,penafsiran dan persepsi dan lokus standi menjadikan kita berbeda..kita wajar terimanya..kerna dulu Edward de Bono pernah tulis dalam buku dia SiMplicity untuk make all de things simple, tapi at the end of the day..dia came out wif idea baru yang lebih kompleks untuk difahami....ttg sisa ikan tuh..mmg kita kena terima kewujudannya namun Allah senantiasa bagi kita pilihan, manusia hidup atas landasan ikhtiyariah tapi haiwan lain berdasarkan ijbariah..buatlah pilihan..nak amik sisa atau tak.."bukankan kamu ber'aqal":)
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Khamis, Mac 24

Road to Mecca

Tittle nih sama macam buku Muhammad Asad..Road to Mecca..bagi yang belum baca boleh lah carinya,tak rugi baca.But for me, buku nih cukup significant dalam keadaan meranjau jalan untuk berkelana ke Tanah Haram untuk belajar semasa semester pendek yang akan datang, biarpun ada kebarangkalian untuk tidak ke sana, namun telah dirasi ujian-ujian yang Allah beri untuk menjadi tetamu-Nya, segala perlu dilalui dengan sabar dan tawakkal yang mutlak kepada Allah swt. Terlintas di hati kecil, kalau Allah inginkan diri ini bermusafir di Rumah-Nya, Allah akan mudahkan, tidak ada kuasa atau halangan yang bisa menggugat niat ini. Yang pasti di sebalik usaha yang bersifat teknikal dan material, segala yang bersifat ruhiyyah juga perlu diberi prioriti.Sangat diakui bahawa selepas melangkah keluar dari Bumi Wakafan, segala-segalanya berubah,telah banyak amal-amal yang aku tinggalkan, telah banyak batas yang kulanggari dan tanggungjawab untuk ummah yang dimungkiri.Harapan pada safar ke rumah Allah ini direalisasi-Nya agak diri ini terus berada dalam jalan kebenaran yakni istiqamah..

Sahabat2, doakanlah pemergian saudara kalian ini berjalan lancar, moga dimudahkan kami lalui segala mehnah dan tribulasi dalam melalui ROAD TO MECCA..Salam Ukhuwah, stay maintain and mantap...see you guys when you see me
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Rabu, Mac 23

Kenapa mesti botak?

Selepas rambut bergaya baru ni, pergi mana pun sure ada yang bertanya KENAPA MESTI BOTAK? Ramai yang tak menyangka aku memilIh untuk megorbankan sesuatu yang rasakan cukup lawa.:)
Sebenarnya terdapat banyak alasan untuk ku botAkkan kepala..menulis dalam AstakonA mesti dari segala sudut dan segi...

Dari Sudut Kesihatan

Entah kenapa sejak akhir-akhir nih, rambut asyik gugur.Mungkin kerana terlalu banyak makan maggi(maklumlah hujung semester) atau jugak sebab banyak berfikir.Mungkin juga disebabkan ubat2 yang dimakan terlalu kuat, atau jugak kesan bahan kimia yang diletakkan pada rambut.So, nak mudah, potongkan saja rambut.Tiada keguguran lagi, kalau gugur pun tida siapa yang perasan ianya jarang.

Dari kacamata Sufi

Menurut ahli sufi kita kadangkala perlu mengorbankan apa yang kita miliki bagi memastika cinta kepada Tuhan tidak di tangga kedua.Namun apakah aku terlalu cintakan rambutku? mungkin juga..kerana banyak masa yang dihabiskan untuk menyikatnya dan mengsyampookan nya..kalaulah masa itu digunakan untuk berwirid dan berzikir untuk Allah.Kadangkala juga kita terdetik perasaan riak bila memilik yang kita rasakan cantik..walaupun padahal syok sendiri jer..namun yang pasti"Yaseer Riya' Shirkun"..sedikit riak pun syirik..Aku berlindung ya Allah

Dari Persepektif Ekonomi

Aku bayar Rm 8 untuk membotakkan kepala..seingat aku dulu..pernah sekali hanya repair rambut di kedai yang sama at GreenWood..Rm8 jugak..biarpun hanya potong tepi telinga dan belakang...kan dah jimat..plus tak perlu beli minyak rambut and syampoo anti kelimumur dan juga wax yang sebelum ini aku guna...lagi jimat

Jawapan seorang budak LLB_S

Siapa yang telah ambil subject Islamic Criminal Law 1, pasti ada membaca kita Al-Ust.Abdul Kadeer 3audah, Tasyri3 Jinaie jilid 1..dalam bab Ta3zir untuk maslahah umah..Dalam tu ada cerita tentang seorang lelaki pada zaman Khalifah Umar yang diperintahkan agar menggondolkan kepala kerana terlalu kacak..Ramai wanita dan termasuk leleki yang angau dengannya..namun selepas dibotakkan kepala..dia semakin hensem and seksi..maka akhirnya dia diarahkan berpindah ke Sham.Kisah ni turut jadi hujjah orang yang pro-ISA atau preventive act.Namun apa kaitan dalam kes ini?? bukan laaa ade orang suruh botak..sajer nak citer sejarah..membotakkan kepala sebagai hukuman ta3zeer

Dari sudut Alam Sekitar

Ikut ramalan cuaca, sepatutnya minggu nih panas..namun hujan setiap hari.Ingat panas, tu yang potong rambut biar sejuk skit kepala.


Sebab dari hati adalah tiada..as love need no reason, botak kepala pun..namun yang penting adalah untuk motivasikan diri..orang kata semangat akan meningkat andainya berlaku perubahan dalam jiwa atau fizikal

WISH U GUYS ALL DE BEST IN THE FINAL EXAM AND TEST OF LIFE..MA3A TAUFIQ WANNAGAH
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Selasa, Mac 22

Dr Amina Wadud, srikandi ummah?

Apabila Islam dipandang negatif oleh masyarakat, maka akan tampillah wira-wira agama yang cuba menangkis tohmahan dan kejian....
Namun antara wira-wira itu malanganya ada yang tersasar..
Dunia Islam pernah digemparkan dengan Tesis Dr Ali Abd Raziq, yang menyingkap bahawa siyasah atau politik tiada dalam Islam..Tulisan beliau disambut Barat dalam keadaan mereka memerlukan hujah untuk melawan para pejuang Islam di negara-negara yang mereka takluki..
Secara husnu dzan, kita merasakan tindakan beliau didorong oleh semangat untuk membetulkan persepsi barat terhadap Islam, memandangkan politik Islam selepas Khulafa Ar-Rasyidin tidaklah begitu menampilkan suasana siyasah yang digariskan oleh Islam. Di sana adanya sietem warisan tahta dan juga penindasan antara Arab dan A'jam.
Malangnya, tulisan Dr Ali terus menjadi perisai Barat untuk menembusi pemikiran Muslim modern, biarpun dikatakan beliau telah menarik balik pandangannya dulu.

Kini, berdiri Dr. Amina Wadud membaca khutbah untuk membuktikan tiada penindasan dalam Islam terhadap wanita. Tindakan beliau dismbut dengan paluan kompang oleh Kerajaan US.Namun setelah 2 hari memberi khutbah, apa yang telah beliau berjaya buktikan adalah perpecahan umat Islam..Syabas beta syabas!..Bukankan umat Islam di US dan dimana-mana bersatu menyebarkan dakwah?

Ingin sekali berjumpa dengan wanita berani ini...Dari sudut ilmu memanglah dia cukup hebat..namun teringat puisi yang dicakan Ustaz Burhanuddin dalam kelas," kalaulah ilmu itu lebih dari taqwa, nescaya Iblis lah yang paling mulia"...kerana Iblis telah menemui Allah, telah pun melihat syurga dan neraka...

Kadang kala, dalam keadaan kita nak memupuk kepercayaan orang terhadap Islam, kita kadang2 dalam keadaan yang tidak sedar telah mengorbankan bahagian2 dalam Islam sendiri demi memuaskan aqal manusia..kita cenderung menggunakan aqal agar semua orang terima kerana mereka meletakkan aqal semata sebagai rujukan..Bayangkan..antara kucing yang makan frieskis dan ikan , tidur di atas sofa yang empuk dan ayam yang makan dedak dan cacing, tinggal di kepuh yang kotor..mana yang lebih baik dimakan? pilih antara nak guna aqal atau wahyu

Berkaitan dengan khatibah bagi solat Jumaat,

Ada beberapa pandangan ulama mu'asir yang boleh dirujuk untuk kajian:

Pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawiy (Bahasa Arab):

http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=122680

Pandangan Syaikh AbdulLah Hamid Ali:

Question: Why can't muslims get with the modern times and allow women to lead in prayer? Dr. Amina Wadud, professor of Islamic studies at Virginia Commonwealth University, will be the first woman to lead a public, mixed-gender Friday prayer in the modern day. Is there any possible objection you can have to this historic event?

Shaykh Abdullah's Response:

Can a Woman Lead Men in Salat?

Let's get right to the point.

The first problem with this scheduled event is that the theme is `Muslim Women Reclaim Right to Lead Prayer,' while it should read `Muslim Women Claim Right to Lead Prayer,' since there is no basis for the belief that it was ever a right for women to lead a mixed-group prayer. And there are no explicit accounts of women ever leading a mixed-group of men and women in prayer.

Three of the four Sunni Schools of law (Hanafis, Shafi'is, and Hanbalis) permit for a woman to lead other women in prayer except that the one leading is not to stand out in front of the row.[1] Rather, she is to remain aligned in a single row with the other women, so as not to appear to be leading as a man would. They base this on the following reports:

1- Imam Baihaqi, Daraqutni, and Ibn Abi Shayba report from Ra'ita Al-Hanafiyya that she said: "'Aisha led us. And she stood between us during the obligatory prayer."

2- Ibn Abi Shayba and `Abdur-Razzaq Al-San'ani report by way of Hujayra bint Husayn that she said: "Umm Salama led us in Salatul-`Asr. And she stood between us."[2]
Imam Al-Nawawwi says about these two hadiths, Daraqutni and Baihaqi related them with sahih chains.[3]

As for Imam Malik and the popular view held in the Maliki School, any prayer that a woman leads others in – whether women, men, or mixed – is invalid. Ali ibn Abi Talib is reported to have said, "The woman is not to lead (Salat)."[4] This was also the view of Sulaiman ibn Yasar and Al-Hasan Al-Basari.[5]

As for the other three schools, their position in general[6] was that it is permitted for women to lead other women in Salat.

As for the cause of this disagreement, we can reasonably say that it is the direct result of the different views of the Sahaba, in so much as that 3 of the Imams adopted the views of Umm Salama and `Aisha who were both wives of the Prophet – while Imam Malik and those who held the same view accepted the report of `Ali ibn Abi Talib -.

If we were Hanafis, it would be easy to resolve this matter by just having everyone follow the particular Companion's opinion we deem most worthy of following.

If one is a Maliki, it would similarly seem easy to resolve by just ascertaining that there was a consensus found among the scholars of Medinah during Malik's time that went contrary to these hadiths supported by the majority.

But if a Muslim is one who champions the hadith of the Prophet and doesn't place anything over it – as is the view of Shafi'i and Ahmad, the solution would seem easy to resolve by simply relying on the most authentic report found that demonstrates what the Prophet's sunnah was in this regard, since it is possible that some Sahaba heard what others may have not.

So after searching, we find that the strongest report found that goes back to the Prophet is the following:

Abu Dawud reports that Umm Waraqa y said, "I said: "O Messenger of Allah! Permit for me to participate in the raid with you. I'll nurse your sick. Perhaps Allah will grant me martyrdom." He said: "Remain in your house. For verily Allah I will grant you martyrdom." And she asked his permission to take a muadhdhin in her home. And he allowed her."

In another version Abu Dawud reports: "The Messenger of Allah used to visit her in her house. And he assigned to her a muadhdhin who would make the summons to prayer (adhan) for her. And he ordered her to lead the inhabitants of her home."

The hadith was reported by Baihaqi, Daraqutni, and Hakim. And Hakim said, "Muslim advanced Al-Walid ibn Jami' (one of the narrators) as being authoritative.[7] But this is a hadith with a single chain of narration (sunnah ghariba). I don't know of any hadith with a connected chain to the Prophet (musnad) in this chapter other than this one." And Imam Dhahabi concurred with his findings[8].

Al-Mundhiri said, "Al-Walid ibn Jami' is the subject of dispute (fihi maqal). And Muslim has reported through him." Ibn Al-Qattan said, "Al-Walid's state isn't known."[9] Ibn Hibban mentioned him in (his book) Al-Thiqat (Trustworthy Narrators).[10] And Ibn Hajar said, "In its chain is `Abdur-Rahman ibn Khallad (a second questionable narrator). And his status is unknown (fihi jahala)."

If this is true in that this report has two suspect narrators, Al-Walid ibn Jami' and `Abdur-Rahman ibn Khallad, then this hadith can't really have much if any authority.

And if it had not been for its weakness, it could be used by those who argue for the right of women leading men in prayer to support their argument even though the indications in the hadith are very subtle. That is, the fact that it states that the Prophet – assigned a muadhdhin for her and then ordered her to lead those in her house in prayer, gives the impression that she led at least one man in prayer who was likely a bondsman or unmarriageable relative of hers, since she would only be allowed to keep the company of a bondsman or a male relative, and men are usually those who make the call to prayer.

One could just as well assume that the muadhdhin appointed by Allah's Messenger e while presuming the hadith is authentic – was another woman, and that Umm Waraqa led a group of women in prayer as the other authentic reports make clear.[11]

But all of this is overshadowed by the weakness of the hadith. So it falls as a basis for argument.

Another important point is that Imam Abu Ja'far Ibn Jarir Al-Tabari (died 310 AH) held the view that a woman could lead Salat in spite of it being a view never accepted by the Ummah, and it has never been witnessed in all of Islamic history.[12]

Imam Al-Tabari was an absolute mujtahid and is known as the Imam of the Exegetes (Mufassirin). But his school didn't thrive and it didn't last as the 4 surviving schools did. So his view is extremely ancient and contradicts what the Ummah later unanimously agreed upon in that a woman cannot lead a man in prayer.

Add to that, it would difficult to know what exactly Imam Al-Tabari based his ijtihad on today, since his school hasn't been preserved with an unbroken chain as the 4 schools have. So are we to accept his opinion just because it was an opinion without proper scrutiny and research?

Furthermore, what lends to the understanding that a woman's proper place is not leading a man in prayer are the following:

- If it was permissible, it would have been reported from the Salafus Saliheen.

- Since the Sunnah for women in prayer is for them to be behind the men, it is known from that that it is not permitted for them to be in front of them. For Abdullah bin Mas'ud said: "Put them back to where Allah put them back." Al-San'ani and Tabarani reported it. It is also mentioned in Majma' Al-Zawa'id. And for that reason, some of the allowed them to lead other women, since they are all to align straight in one row.

- The Prophet also said, "The best ranks of the men are those at the front. And the worst of them are those at the back. And the best ranks of the women are those at the back. And the worst of them are those at the front."

And if the Messenger – had intended any other arrangement for women in Salat, then we would have found him at least on one occasion allow the women to pray directly behind him or for a woman to lead the men in Salat.

So we are to understand that this is from the divinely inspired direction of the Creator. And to contravene it would be to question His wisdom. And to question His wisdom, would be to follow in the footsteps on Satan. And to follow in the footsteps of Satan, one is surely to be damned as he is.

So it becomes clear that such people who insist on the permissibility of a woman leading men in prayer have nothing firm to rely on in their position other than the following of their fancies and what their lusts dictate to them.

The Issue of Apostasy

The next important question would be, are such people Muslims who contravene the consensus of the Ummah, which upholds that a woman leading men in prayer is prohibited?
The short answer is, no! But that `no' is a `no' that doesn't remove the danger from being damned by the Almighty One.

In other words, the decisive consensus for Sunnis cannot be violated. Were one to contravene that consensus, he/she would be considered an apostate from Islam.

But this consensus is one that occurred after a well-known disagreement due to the view of Al-Tabari and Abu Thawr. And scholars have differed about whether or not contravening this kind of consensus is enough to expel a person beyond the pale of Islam. [13]

One can also reply that the Shiites do not consider consensus to have the same authority that Sunnis do. And they do not accept it.

But we can reply that in spite of that Shiites do not allow for women to lead men in prayer. So even though they may not consider it to be a valid source of law, their practice shows that they share with Sunnis in their traditional belief that a woman may not lead the Jumu'a prayer or any other prayer for that matter unless it be a woman leading other women in a prayer that is not Jumu'a.

So even if Shiites don't accept scholarly consensus as a valid source of law, they do accept that Allah says in the Qur'an, "Whoever splits from the Messenger after guidance has become clear to him, and then follows other than the way of the believers, We will turn him to what he has turned, and enter him into Hell. And how evil a destination!" [4:115]

And it is the way of the believers that from the time of the Prophet until now that no woman has ever been reported leading the Jumu'a Prayer, Eid Prayer, or any other prayer when those being led were a mix of men and women.

In the end, I seriously doubt that many people will be in attendance at this event, at least not many real men or women.

We know that the enemies of Islam have many tactics they use in trying to get a misdirected and emotional response out of the Muslims. And perhaps they do that in order to produce a situation where they can justify taking action against those they label as extremists, radicals, terrorists, and fundamentalists.

I think that if people want to make up their own religion, let them do as they like. We just ask them to give us a little respect and not call it Islam, and don't call themselves Muslims. That's all.

Was Salam

Abdullah bin Hamid Ali

Ustadh Abdullah bin Hamid Ali is the first American to attend and graduate from the University of Al- Qarawiyeen's Faculty of Shariah The focus of his study was the understanding of the science of fiqh, Usool Al-Fiqh, and`Aqeedah. He has studied under some of the top scholars of Islam including Dr Abdullah Ghaazeewee, Professor of Usool Al-Fiqh, Sheikh Muhammad At-Ta'weel, Muftee, Scholar, and Professor of Usool Al-Fiqh, Sheikh Muhammad Al-Ghaazee Husainee, Grand Muftee of Morocco and Professor of Al-Fiqh Al-Muqaaran, Sheikh Ahmad Zweetin, Professor of Fiqhul-Hadeeth and many others!
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Ahad, Mac 20

Di sebalik kalimah Astakona...

Memilih kalimah astakona, tersimpan maknanya tersendiri..secara literal bererti memiliki banyak bucu dan segi..bagiku hidup ini astakona,hidup yg penuh dgn liku..dalam pelbagai segi perlus dilalui...

Bila bercakap tentang segi teringat pula akan kata2 Al-Banna,katanya Islam ibarat piramid..mungkin sebab piramid letaknya di Mesir..terus menjadi ilham untuk beliau.Orang yang suci hatinya dan kuat imannyasentiasa mengambil hikmah pada alam seantero...

Sambung lagi kata2nya..ada orang melihat Islam atau piramid dari 'angle' yang berbeza maka apa yg dia nampak hanyalah sebahagian dari Islam..Misalnya, andainya kita melihat piramid dari satu sudut kita hanya nampak segi tiga..tanpa melihat bahagian lain..Begitu juga Islam..ada orang pandang Islam dari sudut politik and syariah sahaja..sampai dia lupa adab dan akhlak sebagai Muslim..Jadilah dia ahli politik tin kosong yang tidak membawa manfaat pada ummah..misalnya,rasa kurang setuju dengan segelintir pemimpin politik samaada nama Islam ataupun tidak..yang mengeluarkan kenyataan yang megelirukan orang ramai...mungkin mereka ada hujjah berdasarkan siyasah syar'yah..namun zaman sekarang ini berapa kerat sangat orang mendalami ilmu itu..lainlah x-Mb Terengganu.. Antara kenyataan yang pernah didengar adalah, "walau apa pun yang terjadi kita tetap akan pertahankan dan memperjuangkan demokrasi"kata seorang pemimpin gerakan Islam..begitu juga penggunaan istilah mendaulat atau mengembalikan kuasa rakyat...bunyi macam orang socialis dan komunis..lagi keliru bagi orang awam..isu Tuhan Samseng dulu..begitu juga orang politik yang lupa adab dan akhlak..ingat berbeza hanya pendirian dan pemahaman! biarlah menang hujah..akhalak pun menang juga.

Ada pula, yang tumpukan bab Aqidah sahaja...memang tidak dapat dinafikan Aqidah adalah perkara pokok..tapi tak semua isu aqidah itu perkara pokok..ada isu furu' aqidah seperti kematian Nabi Isa as...ada pula isu bukan Aqidah yang dieksplotasi hingga menjadi isu Aqidah..contohnya..isu perlatikan Khalifah selepas Rasul saw. Maka awaslah!

Lain pula, yang hanya pandang Islam dari sudut akhlak dan kesufian...hingga lupa perkara lain..pernah sekali bertemu dengan seorang pengamal kuat tariqat yang enggan tunai solat kerana tidak suci hati..walau suci dari najis dan hadas..ada pulak yang sembahyang tanpa menutp aurat, kerana pada pendapat dia, yang penting hati dekat dengan Allah..

Selain dari itu adalah...yang nampak Islam dalam ekonomi jer..dia pusing sana pusing sini...kadang-kadang terpaksa ambil pendapat yang lemah dan asing bagi membolehkan keuntungan..senang lah buat untung skit bila dah nama sistem Islam...

Jadilah Astakona dalam Islam, bagi yang bijak..duduklak di puncak piramid...kita dapat lihat semua sudut dan seginya..
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)